Followers

Thursday 15 September 2011

Tentang Dia dan aku


YA Allah ya Rabbi! Blog aku dah macam kapal tinggal aku tengok. Penuh ngan sarang labah2. ~~ok tu ayat hiperbola jer k? Memang sepanjang 4bulan cuti, macam tu jugaklah blog ni cuti. Sekali sekala je dapt update, tu pun kalau rajin menapak cc. And tu pun kalau tak busy dengan keje 3C aku- Cashier cum cleaner cum clerks. Penat memang ampun la tuhan jer tahu. Tapi tulah kesusahan and jerih payah yang aku kena lalui dalam mengenal erti hidup.

Ni hari ketiga berada di Uni, hari kedua berkuliah. And hampir seminggulah aku da putus ngan dia. Sedih? Sape tak sedih break up babe? Tapi da memang salah aku sendiri. Takleh nak cakap apala kan? Dia pun da turun ke laut, membawa hati yang luka. Agaknya lah~~

Salah aku. Mengkhianati kepercayaan dia. Keluar dengan laki lain. Entahlah, aku cuma rasa tak secure ngan hubungan aku ngan dia. Lima tahun beb. Lima tahun lagi nak tunggu hubungan aku dan dia rasmi. Aku cam tak sanggup nak tunggu selama ni. Aku takut kalaulah penantian aku selama lima tahun tu sia2 jer.

Aku some sort of fobia sekarang ngan benda alah cinta and setia nih. Takut aku untuk setia, takut akan dikhianati. Sehinggakan aku sanggup mengkhianati- lebih rela mengkhianati daripada dikhianati. Yeah, aku sangat sangat mementingkan diri aku sendiri. Aku akui itu. Tapi salahkah aku menyelamatkan diri sendiri dulu sebelum diri aku tenggelam?

Tapi aku sebenarnya sekaligus mengalihkan salah itu kepada orang lain yang tidak sepatotnya. Kan? Dia tak patut menerima balasan atas pe yang orang lain buat. Sekalipun aku da sedar kini hakikat tu, aku sebenarnya dah terlambat. Dia dah jauh di seberang sana sekarang.

Untuk merayu cintanya, aku terlalu ego untuk berbuat demikian. Ya, aku tahu tidak salah untuk aku berbuat sedemikian. But my ego wont just let it. Lagipun, aku tahu, aku bukan yang terbaik untuknya. He deserved a better person. And sekarang ni pun, sepupuku Irah (bukan nama sebenar) menaruh hati padanya. And truthfully, dia jauh jauh lagi cantik daripada aku, and lebih baik dari aku. Alasan si dia untuk tidak menerima Irah, kerana Irah jauh lebih muda darinya-tingkatan 3. Tapi apalah sangat tingkatan tiga itu dengan umurnya yang baru menginjak ke angka 20 sekarang. Lima tahun lagi, he's 25 and Irah's 20. At that time, nothing would matter more.

Sewaktu masih bersamanya, aku galak mengusik dia dan Irah. Waktu tu kitorang macam da agak dingin. Bukan dingin. Tapi macam dia dah dapat menghidu akan hubungan aku dengan lelaki lain. Dia terus bertanya dan aku terus-terusan menangkis. Padanya, aku membangkitkan soal Irah bagi mengelak daripada terus di backfire. Namun, dia tak tahu(atau juga pura-pura tak tahu) sebenarnya aku memang mencemburui Irah.

Malam terakhir kitorang bersama(masa tu kitorang lepak kat umah bestfwem aku, Wati(bukan nama sebenar), aku sempat main dengan fon dia. Si Irah ni mesej. And aku dengan perasaan cemburu(tapi di'cover" dengan gelak tawa mengusik) menelefon Irah. Dengan beraninya Irah mengaku dia adalah makwe kepada si dia. Sungguh berani remaja zaman sekarang, tingkatan 3 zaman aku masih mentah mengenai cinta and couple semua ni. Aku tahu apa yang terjadi sebenarnya, dan aku tahu si dia tidak menipu aku. Sebab segalanya telah dia jelaskan. (Aku je yang banyak berselindung).

Time tu jugaklah aku boleh agak perasaan sebenar Irah kat si dia. Memang Irah serius dengan si dia. Sepupu aku yang sorang ni memang sangat cantik. Aku sendiri pun kadang kadang terpana bila lihat dia berhias. Lawa sungguh. Tapi, walaupun hubungan kitorang ni sepupu, aku dan dia tak rapat sangat. Raya hari tu pun dia tak datang umah aku, adalah atas sebab2 tertentu yang aku akan ceritakan nanti kalau aku sempat.

So, banyak gila faktor yang buat aku rasa tak secure dengan dia. Dengan diri aku sendiri. Sayang? Aku boleh cakap hampir setiap masa aku teringat kat dia. Renungan dia pada. Cara dia senyum, cara dia gelak. Hati aku terbuka pada dia dulu pun sebab dia begitu setia menyayangi aku dari aku tingkatan 5 lagi. Sekarang bila dia dah berjaya dah pun, dia masih ingat aku, sayang aku. Aku je yang bodoh tak mampu menghargai dia.

Tapi, aku harap dia ingat kata-kata terakhir aku pada dia, yang selalu aku ucapkan pada dia.

"Kalau ditakdirkan awak jodoh saya, saya terima....."

Doakan aku dan dia kawan-kawan. Walaupun sungguh tipis peluang aku dan dia, aku tetap mengharapkannya.


Love,
Dya Alina Ahmad Shauki

No comments:

Post a Comment

borak-borak kafe :)