Followers

Saturday 24 September 2011

Celoteh % Pagi

Damn, damn, damn!
What I'd do to have you here, here, here?
Damn, damn, damn!
What I'd do have you near, near, near?
I wish you were here...

~Avril Lavigne- Wish you were here~

Dah berpuluh kali dah aku dok dengar lagu ni untuk malam ni je. Aku dalam mood merindu sebenarnya, dan mendengar lagu ini berulang-ulang kali, hanya semakin membuat aku terasa sayu. Kena pulak baru lepas layan cerita Dear John yang syahdu tu, memang tangkap cintan keseorangan menulis blog pukul 5 pagi nih.
Roomate aku takde, balik kampung. Pukul 1 pagi aku habis keje(aku buat part time kat kedai bawah apartmen aku nih), aku terus tutup pintu, layan movie and lagu and segala-gala yang ada kat internet and lappy aku.

Hasrat aku nak bangun lewat pagi esok. Lantaklah pukul berapa pun aku nak  angun, ikot mata aku jaga. Huhuhu. Memang tak boleh blah. Tapi, dah lama kot aku tak bangun lewat. Aku dah tak macam semester lepas, asyik terbongkang tidur. Sekarang ni, aku dah buat part time, so waktu senggang aku terisi dengan buat assignment baru online, bukan online semata-mata. Kira azam baru untuk semester baru, ia dak?

Dan aku juga dah tak bleh menjanjikan kekerapan aku post entri baru. I'll be busy with my classes, my assignmet, and my part times. Time giler camni jer aku ley curik masa blogging kol 5 pagi engkau. Nak tidur, tapi mata pulak yang tak terpejam. Memang la ngantuk, tapi entahlah, aku tak lena. Takpe2, jap g aku nak paksa gak mata aku ni tidur.


Aku rindukan dia yang nun di seberang sana. Aku rasa bersalah pada dia. Aku sendiri dah konfius dengan diri aku. Aku asyik ingat dia pasal aku rindukan dia ataupun cuma aku rasa besalah pada dia? Aku memang nak mencintai dia, sebab dia terlalu baik pada aku, Tapi banyak faktor yang mengengkang dari berasa begitu
 

Sunday 18 September 2011

My Sweetest Revenge

Kalau korang tahu, atau korang alert ngan blog nih, mesti korang tahu pasal my ex yang gila melampau tuh.
Refer here, here and here.

Well, ni summary pendek kisah cinta aku.

Kitorang bercinta dalam laman MukaBuku, then kantoi dia curang, then kitorang  putus. Pastu putuskan untuk maafkan dia after all he did. Tak jadi nak maafkan, plan revenge on him ngan ex2 dia yang dulu. Then benda tuh hilang camtu jer.

And the best part goes here.

Aku baru balik dari Kuala Pilah, rumah kawan aku. Nak dijadikan cerita, seluas-luas KL nih, aku boleh pulak terserempak ngan dia kat Midvalley. Alangkah keciknya dunia nih!

Sedangkan terserempak dengan dia adalah the last thing I've ever thought selama nih. Aku rasa memang Tuhan sengaja nak bagi  aku jumpa dia. 1st2 aku nampak dia, I cant believe my own eyes! Sumpah tak sangka!
Luka lama kat hati aku berdarah kembali.

Namun, aku dengan selambanya masa tuh pergi tegur dia elok2. Siap salam bagai lagi. But hold on, aku bukan sebaik tuh la nak lupakan pe yang orang buat kat aku. No one have ever break my heart as what he did. I said" Oh hai Mr. Playboy. Sihat?" And dia cam da terkejut sangat time tuh, muka tak yah cakap ar giler cuak. Tapi bila tengok aku baik, dia bajet coool depan aku.

And aku pun nak blah ar dari situ, tapi aku sempat bisik kat makwe dia, "Beware ngan your beloved guys nih. He's not as naive as he looks". Makwe dia dah wat muka tercengang2 dah ngan aku. And aku blah camtu jer wat muka selamba badak

But guess what? Tuhan jer yang tahu apa yang bergelora dalam hati aku masa tuh sampai satu badan rasa menggigil. Sape cakap kemaafan tu benda yang senang? Hello, meh sini nak tanya sikit. Marahnya dalam hati aku nih Tuhan je yang tahu. Segala kenangan aku dan dia ter'flashback' dalam memori aku. And sakit masa aku mula-mula dapat tahu sal kecurangan dia mula datang mencurah. The pain is back.

Untuk melegakan resah dada aku, aku menuju ke Baskin Robbin's berdekatan. I had myself a nice caramel choc-vanilla ice cream(tak ngat pe namanya). Still,tangan aku mengigil tak henti. Aku sedar time tuh, I need my sweetest revenge to endure the pain.

Without further a due, aku blah dari booth Baskin Robbin tuh mencari si Mr. A tadi. He's still there, flirting around with his GF. He owes me a slap. He seriously does!

Tapi part yang tak best dia cam sempat lari. And aku cuma sempat slap cam tu jer. Aku panggil dia dayus sebab lari dari aku. And dia berlalu dari situ ngan GF dengan perasaan malu cause every one's is watching.

Well, aku pun malu gak actually. Tapi aku tak kisah. I have my revenge on. Itu dah cukup buat aku puas hati. Sakit yang selama nih tersimpan kat lubuk hati aku lepas macam tuh jer. Sakit yang dia tinggalkan pada aku dapat aku lepaskan.

Memang bodoh pe aku buat pergi tampar dia kat tengah2 alam tuh. Tapi selagi lom diajar, selagi tuh dia lom sedar, serapuh-rapuh hati perempuan, ia boleh jadi sekeras besi waja sebaik saja ia dihancurkan.

And I hope, pas pe yang jadi tadi, I can get really over him. He's a past, and always be. Pray that I'm gonna find myself an eternity in getting over him..

Love,

Dya

Thursday 15 September 2011

Tentang Dia dan aku


YA Allah ya Rabbi! Blog aku dah macam kapal tinggal aku tengok. Penuh ngan sarang labah2. ~~ok tu ayat hiperbola jer k? Memang sepanjang 4bulan cuti, macam tu jugaklah blog ni cuti. Sekali sekala je dapt update, tu pun kalau rajin menapak cc. And tu pun kalau tak busy dengan keje 3C aku- Cashier cum cleaner cum clerks. Penat memang ampun la tuhan jer tahu. Tapi tulah kesusahan and jerih payah yang aku kena lalui dalam mengenal erti hidup.

Ni hari ketiga berada di Uni, hari kedua berkuliah. And hampir seminggulah aku da putus ngan dia. Sedih? Sape tak sedih break up babe? Tapi da memang salah aku sendiri. Takleh nak cakap apala kan? Dia pun da turun ke laut, membawa hati yang luka. Agaknya lah~~

Salah aku. Mengkhianati kepercayaan dia. Keluar dengan laki lain. Entahlah, aku cuma rasa tak secure ngan hubungan aku ngan dia. Lima tahun beb. Lima tahun lagi nak tunggu hubungan aku dan dia rasmi. Aku cam tak sanggup nak tunggu selama ni. Aku takut kalaulah penantian aku selama lima tahun tu sia2 jer.

Aku some sort of fobia sekarang ngan benda alah cinta and setia nih. Takut aku untuk setia, takut akan dikhianati. Sehinggakan aku sanggup mengkhianati- lebih rela mengkhianati daripada dikhianati. Yeah, aku sangat sangat mementingkan diri aku sendiri. Aku akui itu. Tapi salahkah aku menyelamatkan diri sendiri dulu sebelum diri aku tenggelam?

Tapi aku sebenarnya sekaligus mengalihkan salah itu kepada orang lain yang tidak sepatotnya. Kan? Dia tak patut menerima balasan atas pe yang orang lain buat. Sekalipun aku da sedar kini hakikat tu, aku sebenarnya dah terlambat. Dia dah jauh di seberang sana sekarang.

Untuk merayu cintanya, aku terlalu ego untuk berbuat demikian. Ya, aku tahu tidak salah untuk aku berbuat sedemikian. But my ego wont just let it. Lagipun, aku tahu, aku bukan yang terbaik untuknya. He deserved a better person. And sekarang ni pun, sepupuku Irah (bukan nama sebenar) menaruh hati padanya. And truthfully, dia jauh jauh lagi cantik daripada aku, and lebih baik dari aku. Alasan si dia untuk tidak menerima Irah, kerana Irah jauh lebih muda darinya-tingkatan 3. Tapi apalah sangat tingkatan tiga itu dengan umurnya yang baru menginjak ke angka 20 sekarang. Lima tahun lagi, he's 25 and Irah's 20. At that time, nothing would matter more.

Sewaktu masih bersamanya, aku galak mengusik dia dan Irah. Waktu tu kitorang macam da agak dingin. Bukan dingin. Tapi macam dia dah dapat menghidu akan hubungan aku dengan lelaki lain. Dia terus bertanya dan aku terus-terusan menangkis. Padanya, aku membangkitkan soal Irah bagi mengelak daripada terus di backfire. Namun, dia tak tahu(atau juga pura-pura tak tahu) sebenarnya aku memang mencemburui Irah.

Malam terakhir kitorang bersama(masa tu kitorang lepak kat umah bestfwem aku, Wati(bukan nama sebenar), aku sempat main dengan fon dia. Si Irah ni mesej. And aku dengan perasaan cemburu(tapi di'cover" dengan gelak tawa mengusik) menelefon Irah. Dengan beraninya Irah mengaku dia adalah makwe kepada si dia. Sungguh berani remaja zaman sekarang, tingkatan 3 zaman aku masih mentah mengenai cinta and couple semua ni. Aku tahu apa yang terjadi sebenarnya, dan aku tahu si dia tidak menipu aku. Sebab segalanya telah dia jelaskan. (Aku je yang banyak berselindung).

Time tu jugaklah aku boleh agak perasaan sebenar Irah kat si dia. Memang Irah serius dengan si dia. Sepupu aku yang sorang ni memang sangat cantik. Aku sendiri pun kadang kadang terpana bila lihat dia berhias. Lawa sungguh. Tapi, walaupun hubungan kitorang ni sepupu, aku dan dia tak rapat sangat. Raya hari tu pun dia tak datang umah aku, adalah atas sebab2 tertentu yang aku akan ceritakan nanti kalau aku sempat.

So, banyak gila faktor yang buat aku rasa tak secure dengan dia. Dengan diri aku sendiri. Sayang? Aku boleh cakap hampir setiap masa aku teringat kat dia. Renungan dia pada. Cara dia senyum, cara dia gelak. Hati aku terbuka pada dia dulu pun sebab dia begitu setia menyayangi aku dari aku tingkatan 5 lagi. Sekarang bila dia dah berjaya dah pun, dia masih ingat aku, sayang aku. Aku je yang bodoh tak mampu menghargai dia.

Tapi, aku harap dia ingat kata-kata terakhir aku pada dia, yang selalu aku ucapkan pada dia.

"Kalau ditakdirkan awak jodoh saya, saya terima....."

Doakan aku dan dia kawan-kawan. Walaupun sungguh tipis peluang aku dan dia, aku tetap mengharapkannya.


Love,
Dya Alina Ahmad Shauki

Saturday 30 July 2011

Terima kasih sayang....

Entri ini ditujukan kepada si dia yang terlalu lama berada disamping aku sehinggakan aku sendiri tidak menyedari akan hadirnya dia selama ini.
5 tahun dia menuggu aku. Ya, mungkin cinta itu ada naik turunnya, namun cinta itu tetap ada.
Tidak seperti aku, rasa itu baru mula menerjah dada...*senyum* Dan aku bersyukur, aku dikurniakan kesempatan untuk mengenali kamu. Dan syukur, pintu hati aku dibukakan kepada kamu.
Mungkin aku silap, tidak pernah cuba untuk menerima kamu dulu. Tapi, aku yakin, ada hikmah disebalik semua itu..
Kita berdua semakin dewasa. Semakin matang dalam mengenal erti kehidupan dan juga erti cinta.
Terima kasih kerana masa itu, terima kasih juga kerana menerima aku seadanya aku sayang. Aku insan yang tidak sempurna, namun sikit pun kau tidak endahkannya. Terima kasih sekali lagi sayang..
Semoga ini menjadi titik tolak kepada cinta kita berdua :) Amin...

Sunday 26 June 2011

Hati Yang Berubah

Well, pada post lepas aku telah bercakap tentang "Dalam Proses Mengenali".
Then, scerw it!
Well, aku memang loser dalam bab bercinta..
Seriously..
Bila aku da dapat yang terbaik dalam hidup, well, xdalah yang terbaik, aku jadi takleh nak terima orang tu..
Well, aku tak tahu la samada da jadi sumpah ke hape untuk diri aku untuk tidak menyintai orang yang menyintai aku sepenuh hati.
Bila orang da start sayang aku, so aku dengan dajalnya, start tak suka orang tuh.
Funny isnt it?
Da jadi some sort of sumpah plak untuk diri aku.
Hmmm..Macam yang aku ceritakan sebelum nih, memang la dia tu baik. Tapi aku ni, memang masalah lah hati aku nih.
Tapi, buat masa yang sama, aku tak berani nak bagitahu dia apa yang aku rasa sekarang ni.
Aku biarkan benda nih tergantung macam tu je.
Kejam kan aku?
Realitinya, aku takut  nak melukakan hati orang.
Sebab aku tahu sakit cinta yang terbalas.
Tapi aku juga tahu lagi sakit untuk ditipu dalam satu-satu perhubungan.
And what;s more is that,
Hanya diberi simpati dalam sesuatu perhubungan tu.
Yet, tu lah yang aku buat..
Hmm, tapi aku sedang mengumpul kekuatan aku untuk bagitahu dia perkara yang sebenar.
Si, wish me lot of luck, and courage dear :)


Love,
Dya

Tuesday 14 June 2011

Dalam Proses Mengenali...

Well, hello peeps and folks!
Lama kan xdengar cerita aku?
Well, maklumlah, i sekarang busy sikit jadi engineer..
Yeah! Engineer..
Engineer pe?
Engineer ukur jalan! LOL!
Hahaha...Sejak aku berhenti kerja hari tu, terus aku dok diam kat umah goyang kaki.
Hello, jap, correction2..
Xda maknanye aku dok goyang2 kaki kat umah.
Makin kuat aku berjalan adalah..
Tu yang aku cakap aku kerja engineer ukur jalan.
Tiap2 hari ada ja aku gi mana2..
Saje2 je ukur jalan hahaha,,
Yang paling best, sepanjang aku tak update 2 3 minggu nih, dah dua kali aku pergi kawasan air terjun. Hahaha..
First2 pergi Air Tejun Jeram Linang kat Pasir Puteh, and yang kedua, ke Lata Tembakah di Jerteh, Terengganu.
It was wayy lot of fun there..
And guess ngan sape aku pergi?
With my new 'Si Dia' :) ngee~~~
Well, pada sesape yang tahu aku punye cerita, mesti korang cepat terlalu cepat kan aku dapat pengganti??
Haha..Jangan salah sangka bro.
Cinta aku tak murah, and aku bukan perempuan mudah.
Tapi aku adalah orang yang tak hold back daripada mencuba.
Bukan kerana kesilapan masa lalu, aku menghukum diri aku untuk dari terus mencuba memperjudikan nasib aku dalam permainan bernama cinta ini hehehe...
Well, yeah, ada la dalam dua tiga orang yang mencuba untuk mengetuk pintu hati aku selepas aku putus ngan Mr A, tapi hati aku tak terbuka untuk mereka.
But i dunno why because of this particular boy, hati aku senang jer terbuka. Serious aku sendiri pun tak sangka hati aku terbuka secepat ni kat dia.
I'm so happy being with him.
Well, aku tak sangka, sebelum ni aku cukup pantang dengan lelaki pemalu. Bukan lah pantang yang macam mana, cuma bagi aku, lelaki yang pemalu ni xde fun langsung.
But guess what? Being with him, aku tak sempat rasa tak fun langsung.
Dia pemalu-tapi bukanlah sangat2 pemalu. Tapi pemalu in a good and cute wayy :)
Dia tak suka orang renung mata dia..
But i keep doing that sampai la both of us tergelak besar.
Happy nya aku masa tu sampai aku lupa segala masalah aku.
Satu benda lagi yang buat aku suka pasal dia, dia xpernah tinggal solat.
Dia selalu ingatkan aku untuk solat sama.
Which is particularly good.
And dia dapat terima aku ni walaupun aku ni freehair.
Dia tak marah, but  in the same time, dia cuba buat aku berubah into jadi someone yang jadi lagi baik.
Dia tak nak aku berubah hanya sebab dia ingin aku berubah, tapi berubah kerana diri aku sendiri.
And itu sangat2 menyentuh hati aku :)
Well guys, do pray for me.
Aku harap aku da jumpa my Mr. Right :)



Love,
Dya

Friday 27 May 2011

Tak suka tak suka tak suka!

 Pernah tak korang semua berada dalam satu keadaaan di mana, korang membenci seseorang itu tanpa sebab? Bukanlah benci sebenarnya, tapi lebih kepada tak suka. tapi benci tu pun lebih kurang jer dengan tak suka tu kot, cuma benci ni advance sikit. Agaknya lah~~ Huu, malas nak bukak Kamus Dewan huhuhu..:peace!

Aku pernah ,and selalulah gak rasa macam nih. Tetiba tak suka kat seseorang tuh. Walaupun dia tak wat salah pun ngan kita. And benda tu aku takkan dapat tahan. Bila hati ni dah cakap tak suka, susah ngat nak wat kita suka kat dia cam biasa.

Nak-nak bila dia buat salah ngan kita. Bengkek jer hati time tuh. Haish, tersiat rasa hati nih. Tapi yang heran, bila orang lain buat silap and salah yang sama, senang jer kita maafkan. And part paling tak boleh blah adalah, bila kita tahu ada orang lain gak yang tak suka kat dia... Rasa nak melompat toink toink toink aje! Hahahaha...Yela, at least, kurang la sikit rasa bersalah tu. Ingatkan kita sorang jer tak suka dia huhuhu...Kejam kan aku nih?? huhuhu

Tapi, rasa bersalah tu of course tetap ada. I've been in both world. Dibenci dan membenci. Nope. Aku tak pernah terniat nak balas balik apa yang orang pernah buat kat aku dulu. Tapi tulah realiti hidup kan? And aku tak rasa aku sorang jer pernah rasa macam ni. Aku rasalah~~hehehe

Sakitnya rasa dibenci. Tanpa ada sebab. Ataupun mungkin kerana satu sebab yang kecil, yang salahnya hanya pada diri aku sendiri,yang salahnya hanya kerana aku tidak boleh adapt dunia mereka pada ketika itu,  menyebabkan aku dibenci. Ataupun, mungkin sebab i've been in a world that doesnt belongs to me. Maybe. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya sampai sekarang.

Dan sebab pernah rasa perasaan dibenci itulah, aku terhambat ngan sumpah diri takkan membenci orang lain tanpa sebab apabila aku membenci seseorang. Dan berada pada keadaan aku sekarang, aku mulai faham. Aku takkan salahkan orang yang pernah membenci aku dulu, aku maafkan mereka, kerana aku tahu, aku boleh dibenci tanpa sebarang sebab seperti mana aku membenci orang tanpa sebarang sebab.Haha. tahu ayat ni sedikit memeningkan hehehe..

Aku ada quote yang memang kena ngan entri aku hari ni:

" You cannot have ten friends without at least, a hater."


So, kepada sesape yang dibenci, just bear with it. You cant expect semua orang akan suka kat you. Kebaikan kita juga kekadang boleh dijadikan sebab untuk dibenci. Tapi kena ingat juga, bukan semua orang akan benci kita k? And to haters, cuba cari pertimbangan untuk tidak membenci orang lain k?( kata-kata ni ditujukan  khas untuk aku sebenarnya. huhu) Others, take note sama yer?? : peace, no war..


Love, 
Dya


taken from another blog of mine dated on 28 October 2010

Tuesday 17 May 2011

The Journyey of A Heart-Broken Girl

Putus cinta.

Exam.

Serabut...

3 benda ni buat aku tak tahan dok terperap kat umah. Lantas, aku mengambil keputusan drastik lari dari rumah.

Erk.

Hiperbola je tu. *Senyum*

Aku cuma keluar dari umah kejap. Sedut udara baru. Berada kat rumah buat aku sesak nafas. Bukan kerana bilik aku yang bersepah.  

I kinda need to breath a different air though.

Perhati alam, perhati orang sekeliling.Guess it'll make me feel better. And it did.

Aku amik train daripada Tanjung Malim- Kajang. Nape Kajang? Bub aku janji nak jumpa kawan aku jap kat sana. Kalau ikut hati, aku amik sampai last stop je, Seremban. *Senyum*. Saja buat sakai sengsorang. Hehe

Bagi yang tak tahu, Tanjung Malim hanya hantar setakat Rawang sahaja. And daripada Rawang tu la kena transit ke next destination. And it takes merely half an hour to reach Rawang and another one hour and a half to reach Kajang. ( Hambik ko! Meroyan ngat nak breath another kind of air konon! lol)

And for your information, the journey was breathtaking cum backpain-ing! Seriously sakit pinggang dok atas kerusi lelama. Hadoii, bila hingat balik, masih terasa kesengalan pinggang ku. Breath another kind of air punye pasal. *Senyum*

Sepanjang daripada Tanjung Malim- Rawang, all I did is just menangis sambil layan lagu Impossible by Shontelle. Masuk ladies coach, amik port belakang sekali. Aku menangis kuat mana pun takde orang dengar bub suara aku da ditenggelami bunyi enjin keretapi yang bising tu :). And nasib aku baik, tak ramai orang. Kalau tak, mesti orang cakap aku gila menangis sengsorang atas keretapi. *Senyum*

Sampai di Rawang, aku transit naik train route Seremban. Masa tu, aku da tenang sedikit.Yela, masa aku break ngan dia tu, sedikit pun aku tak nangis. Tak keluar walau setitis pun air mata aku walaupun jiwa aku time tu kacau gila. Aku pun tak tahu nape, Sedangkan aku ni spesies cengeng. (Ye, aku ngaku aku cengeng. So? *Senyum*)

Masa aku putus ngan dia, aku rasa sakit kat dada aku ni. Sakit sangat. Benda yang aku takut-takutkan selama ni mejadi kenyataan. Walhal, aku sort of tahu benda tu akan jadi. Mungkin sebab ianya terlalu cepat ataupun memang the fact that I am truly head over heels for him? Haha.

The pain was so heart-throbbing. Rasa menyucuk kat pangkal hati aku menyebabkan aku rasa seolah-olah aku sesak nafas, samapi aku terpaksa urut dada aku untuk melegakan rasa sakit tu. This is my first time ever being in pain as much as this though he is not my first love. Aku tak pernah merasakan benda ni walaupun I've gone through a lot of break ups.Guess it's the pain of being deceived and falling off from the highest peak u ever knew.*Senyum*

Back to the journey then.

On the way balik, aku sekali lagi menangis daripada Rawang ke Tanjung Malim. Lepaskan kesemua rasa yang ada kat dalam hati aku ni. So that, it will be my last time of crying over him I hope. He'd brought a lot of pain in my life and I hope this journey would sober me a little. He's gone with the wind and I'd pray this pain will too...

Yet, the journey didnt end as  i reached Tanjung Malim.

I had a little more for a night scenery in Tanjung Malim. I walked through the darkness of the night from Stesyen KTM Tanjung Malim (alone!) ke Pintu Timur UPSI. Padahal aku boleh je pakai Pintu Selatan UPSI yang lebih dekat. Saja nak meletihkan diri so that I wont think about him. Lagi nak buat sakai, pergi keliling UPSI tu malam-malam buta sengsorang-tak masuk pun ikut Pintu Utama UPSI(kira shortcuts pergi Pintu Timur la ni). Kalau kena culik ke kena rogol ker, tak ke naya? And aku sempat lagi pergi pusing deretan kedai kat sebelah traffic light Tanjung Malim. Masuk Big 9, Seven-E jap. Ikut hati nak gi makan Secret Recipes, tapi mengenangkan ongkos taarak, aku batalkan niat aku yang suci murni tuh. Huhu...

Sampai Pintu Timur, aku beli makanan jap and terus balik naik bas kolej. Kalau lah aku tak mengenangkan kejauhan dan kesunyian jalan ke KAB yang menakutkan tu(lebuhraya sunyi), aku rasa aku dah menapak balik jalan kaki jer. Hehe..Kan aku cakap aku nak meletihkan diri aku sendiri?

Sampai je di rumah, benda yang pertama aku fikir aku nak tidur je. So that bayangan dia takkan mengacau aku. Aku taknak jadi macam malam yang kitorang putus tu. Terbangun setiap setengah jam teringatkan dia. Ingin menangis but the tears wont just come out. Bayangan dia, gelak tawa dia akan selalu menghantui aku. Tu yang aku gila-gila mahu meletihkan diri sendiri. Ah, parah kan kes aku?

Despite pe yang aku buat sepanjang sehari tu, mata aku masih tak dapat lelap. Tak dapat lupakan bayangan dia. Aku tutup mata pun masih ada senyuman dia. Gelak tawa dia masih terngiang-ngiang di telinga aku. Sakai. Dan selepas satu perkara ni aku buat, aku terus terlena sampai ke tengahari berikutnya.*Senyum*

Notakakipenulis:Benda yang aku buat tu, telan 8 biji panadol. Jangan risau, aku tak mati. Tak de niat pun nak mati. Aku cuma nak tidur cepat. Telan panadol dengan rakus memang keje aku. Aku migrainer :).So, 4-6 biji panadol sekaligus, itu kebiasaan. *Senyum*
 
Ini adalah satu entri aku daripada blog aku yang satu lagi. Sape yang dah tahu blog aku satu lagi tuh, let just make it as a secret k ? This blog is only for anonymous who doesnt really know me in the realm world. And entri ini ditulis pada tanggal 21 April 2011. Saat aku final exam sem 2. Sengaja mengimbas kembali kebodohan aku ketika zaman remaja dulu~~ remaja la sangat lalala
 
Love,
Dya 

Monday 9 May 2011

Mak, Aku bosan!

Well, melihat kepada title yang aku tuliskan di atas, sudah tentu korang dapat mengagak pe yang aku nak ceritakan.
Yup,  aku kebosanan. Yup, yang amat-amat sangat.
Sumpah seyy...
Haishhh....
Aku kalau kat umah dah macam balak mati dah gamaknya, bergelimpangan kat depan TV.
Omak eden hanya mampu tengok wa dengan gelengan di kepala.
Omak..Omak..
Chill out babeh, anak mu ini sudah berusaha untuk mendapatkan kerja supaya takdo lah koje dn perabih boraih di dapor ajo keknye..
Namun duhai omak, siapala mahu menerima hamba yang hina ini?
Acece.
Melampau tol ayat aku, sekali mahu hierbola dahh..buwahahaha
Tak delah wei.
Memang betul xde orang nak amik aku keje.
Yela kowt, aku cuma mampu kerja 4 bulan je weh.
Pastu aku dah sambung study balik.
Yang ada cuma offer untuk gaji kat keje kedai karaoke.
Xmo den.
Mau jadi buah mulut orang kampung haku.
Xmo xmo, tobat tobat.
Mulut orang kampung aku ni laser sikit, cam Melodi gamaknya.
Benda sikit pun boleh ditokok tambah/dicampur2 yang boleh diumpamakan seperti beras yang akhirnya menjadi bubur lambuk setelah di tokok tambah perisa lain. Motif perumpaan aku? (Aku pun tak tahu buwahaha)
xpola, gamaknya aku pi keje kat Mydin Mall yang baru bukak tu la jap lagi. Walau jauh ke hape ke, tetap akan ku redahi demi tidak membenarkan lemak-lemak ini menjajahi segenap pelusok tubuh ini. Bwahahaha..
And,aku dah dapat pengajaran aku.
Aku takkan bagitahu aku sedang cuti 4 bulan HAHAHA*evil laugh*
So, wish me a lot of luck folks :)


Notakakipenulis:Kepada follower-follower aku tau pelawat-pelawat aku: Sorry hun. Sekarang aku kat cc, memang takde masa nak blogwalking balik ke blog2 korang. Aku cuma sempat mengupdate entri aku jer. Segan dowh nak dok kat cc lelama. Tapi takpe. Just leave ur link kt Mister Linky Magical Widget kat bawah tu. And I'll sure get to u bck bila ada masa nanti k? Adios!

Love,
Dya

Sunday 8 May 2011

A New Hope

Semalam benda yang palinh aku tak sangka berlaku pada aku.
My long lost besties a.k.a my enemy kini da try berbaik dengan aku.
Unbelievable.
Yeah, i know it was quite my fault as first yang kitorg ley gaduh tu.
I took her EX's.
I REPEAT, her EX- not his BF ok?
She was quite mad at me, and thanks to my bloody ex, he made her angrier towards me.
Punyalah dia pergi sebar fitnah kononnya aku p buruk-burukkan nama Miss W kat orang.
Sedangkan hell  no, she was a besties of mine since my kindergarden year lagi ok?
And there's no way I could that to her.
Yang paling takley blah, my EX, Mr Z pergi cakakp kat aku Miss W ni duk buruk-burukkan nama aku, jaja hal buruk sal aku kat satu kampng.
And korang boleh tahu pe akibatnya kan?
Kitorg memang bergaduh like hell. Memang langsung buat2 tak kenal dah.
Memang cam shit giler.
But semalam, kitorang meet up secara tak sengaja, and segala ketidak puasan hati antara aku dan dia diluahkan.
And daripada situ la semua benda terbongkar.
Everything that the bloody shit towards me and Miss W.
And the worst part is that, I was really into Mr. Z at that time.
Luckily I'm over him right now.
Satu hari nanti aku akan cerita sal Mr. Z ni.
He's one of my worst nighmare ever!
Ok, back to the story.
About Miss W, kitorg da ok blik skang - I hope.
And kitorg nak g konfront Mr Z pasni.
Tapi aku takut.
Mr. Z tu memang da out of mind.
Wayar kepala dia da putus.
Wait till aku cerita sal Mr. Z, then u will know.
Till then, bye folks.
Aku nak kena jadi driver tak bergaji kat umah.
Kena amik adik aku dari sekolah.
HAish....=.="
Nasib2....TIll then :)


Love,
Dya

Sunday 1 May 2011

It's Gonna Be A Long Month :)

Heyya folks.
Guess I kat ane skang?
Ohh..my hometown! *wink2! :0
Cuti 4 bulan, and duhh..tak tahu la pe aku bakal lakukan selama 4 bulan nihh..
It's going to be a long summer, seriously :)
And dengan itu juga, aku mengumumkan yang peng-update-an entri aku sepanjang aku berada di rumah akan jadi wayy whole slow.
Yeah, xde internet owhh umah aku.
Lepas aku punya broadband kena sekat, memang biar cam tu jela sepanjang masa.
=.=" Pufft
Tapi takpe, tengoklah kot2 jap lagi aku nak sambung balik, tapi this time bawah nama adik aku pulak. ngeh2
Pasni, korang takkan jumpa dah dya yang ibaratnya blogger maniac, tiap2 masa nak update blog. haha.
Sekarang aku kat cc, takkan la tiap2 masa aku nak tunjuk muka cc nih, ia dak? Buat segan seyy :)
Kepada kawan-kawan (tak kira lah setakat kawan blogger atau betul-betul kawan) yang masih belum mneghabiskan finalmu, silakan menjawab dengan baik. Aku da habis and sekarang nga bersenang -lenang kat umah ibarat buaya kekenyangan makan anak lembu. Motiff? lalalal :)
K la guys, gotta to go. Malas nak tayang muka lelama kat sini, macam mencapub la pulak ngeh3...
Aku nak pi meronda satu kampung jap, kot2 la jumpa marka hensem sorang. wink2!

Love,
Dya
.

Thursday 28 April 2011

Follower Ramai, Perlu ke?

Aku baru lepas layan blog Mr. K, entri Cara Untuk Mendapatkan Follower Yang Banyak.
Sebelum aku cerita sal entri tu, aku cerita dulu pasal Mr. K.

Sesape blogger tegar xkenal Mr.K it's wayy too absurd. And to blogger baru, you should just follow him,seriously kena follow. He's one of my idol blogger. Sarcastic but totally not in annoying way. Pe yang aku respek tentang beliau ni, dia bukanlah jenis blogger yang tempek besar2 gambar dia kat sidebar or header for examples, untuk dapatkan follower. Tapi follower dia skarang da mencecah 8+++- Whoa, giler hebat kan? Kalau aku da follower 100 orang pun aku da cukup bangga tahuk? haha..well, aku kena mengaku, dia punya tulisan memang menyentuh hati.

Tapi, bila aku cakap tempek-tempek gambar tu, tak bermakna aku anti ngan orang yang tampal muka kat blog diorang, tu kebebasan masing-masing, hak masing. Spesies aku senang. As long as kau tak kacau aku, tak menyusahkan hidup aku, kau boleh buat apa yang kau suka. Aku tak de derr nak cakap orang pelacur blogger ke hape ke. Aku tahu, the one yang tulis sal isu placur blogger ni mungkin mempunyai maksud dalam yang tersembunyi dan mungkin orang-orang tertentu je yang memahaminya- tapi aku sebagai typical average person would say,that is rather over the limit. Walaupun aku takde la sampai nak kondemn habis-habisan somenone yang tulis sal isu pelacur blogger tu. Everyone has its own standing point, and I respect it.

Bukannotakaki(sebab bukan hujung entri lol): Sesape yang tak tahu sal isu pelacur blogger tu, buat tak tahu je. Aku nak bagi link sape yang tulis pun, blog tu just open tu invited readers only. Though I would appreciate it if dia boley buat blog dia public. His blog is awesome though kadang-kadang agak keterlaluan sarcastism dia-well, level pemikiran tak kitorang tak sama kot? :)

Ok, back to Mr. K. Dia punye latest entri, Cara Untuk Mendapatkan Follower Yang Banyak is a pretty good tips for blogger baru. Aku nak cakap macam aku(sebab aku blogger baru gak la)-tapi, aku takde niat pun nak dapatkan blogger yang ramai-walaupun that's a serious bullshit lol :) Sape tak nak follower ramai babe? Buffered earning mencurah masuk setiap bulan. Tapi, entahla. For me, aku tak nak terlalu berusaha untuk mendapatkan follower, biarlah dia follow aku kerana dia rasa nak follow, bukan kerana sebab-sebab tertentu. I mean, post yang berkualiti, or havoc lifestyle or some personal interesting lifestory.

Sebab aku follow orang tak semestinya kerana entrinya yang berkualiti, ataupun kisahnya yang interesting, or maybe for SEO.( Yang tak tahu SEO tu apa, tanya Pak Cik Google ^^,) Paling penting bagi aku, keikhlasan blog tu. Kita nampak apa yang cuba disampaikannya, samada personal story or just some WOW entry that will make you smile and say, that is truly an entri. Tapi ini tak valid lah untuk semua blog yang aku follow, sebab kekadang aku main follow jer. Aku tak memilih :)

Tapi pe yang aku cari dalam setiap blog yang aku follow adalah- KEIKHLASAN untuk menulis. Walaupun aku ni suka genre sarcasm macam Mr. K, Lord Zara, AlexiaAqram and so on, tapi kadang-kadang someone who's blog nye adalah blog cam plain Jane, tapi aku tetap follow sebab keikhlasannya dalam berbicara menambat aku. I dont need extra sarcasm word or ayat berbunga-bunga untuk buat aku follow diorang, cukuplah you menulis pe yang ada kat hati you and just, dont try to be a someone else. Be yourself and enjoy.

Bukannotakakilagi:Aku buat blog baru ni sebab aku terasa macam aku jadi macam orang lain kat blog aku yang satu lagi. Sebab people knew me and expecting something from me which I dont have it. So dalam blog ni, aku harap aku bebas mengekspresikan diri aku semahu aku. Sinilah online diary aku where peole can read the real me, not the plastic me. :)


Last but not least, to blogger baru atau what so ever, just do whatever u want. Nak follower ramai, just follow Mr. K advice. And if u dont give a damn about having many follower, so just let it be. Your blog is urself. Being someone else just because others did that is totally not worth it. U're too precious darl to have urself being hide out. :)

Inibarunotakakibetul: Entri pertama aku dalam blog ni yang bapak panjang :) Nilah aku bila aku menjadi serius. Through my entry before this, korang da tengok macam mana aku jadi moody, camne aku jadi happy-go-lucky, camne aku jadi serius macam ni, ataupun camne aku jadi just a plain me.Accept me for who I am darl, and follow me when it your heart says it worth following me :)


Love,
Dya

Wednesday 27 April 2011

"Playboyz STeam"

Owh. So Un-bloody-believable!
I found this when I was checking on my EX's FB!
(Yeah, 'checking ur EX FB' was pretty annoying and like-OMG-u're-so-disgusting ; screw it this time!)
I cant get hold myself from thinking why he did that to me,
And seeing this page in his friends' list, stumbled me.


The group's tagline:

Di Depan Setia,
Di Belakang Curang.

Holy Shit!

For God Sake!

And seeing the url adress

facebook.com/nine.face.playboyz

I wonder were there nine playboys in this group that were playing with woman's heart over and over again? Laughing their ass off for the woman they cheated and deceived? Urghhh! Annoying! 

SHIT!

Screw them to death!

And anyone, sanggup tak menyamar jadi sesape so that you can get into the group? Kita investigate what's going on with this bloody group? Preferably boys. Now I really know what's happening. Pufft!

Notakakipenulis:Urghh...Mood nak exam hilang pasal nih. He'll get it from me, we'll see. No more oheemmgee-cute-angelic-forgiveness for him. There's no way he can get away without a nice sweet revenge.  U'll get it shorty! *evil grin*

Love,
Dya

Semakin Tenang

It's hurt bila jatuh cinta. Kan?
But I guess I makin tenang.
Dia bukanlah seorang yang layak langsung untuk dikenang.
Just some stupid boy who intentionally breaks up a woman soul's just for his self satisfaction.
No, not a women, but  a few woman(and maybe a lot of woman).
How damn it isn't it?
Cute-faced, a shorty to be precise, but he did have the guts to play around with something so pure called LOVE.
He's a total PLAYBOY though the words playboy doesn't seem to fit him perfectly.
A playboy should be TALL(He's a total shory! urgh!), HANDSOME( ok, I admit it-he's pretty handsome), STYLO, RICH and bla bla bla.
But he have none of the characteristic mentioned above.Duhh!
Guess he fits the nickname "HEARTBREAKER" better. *smile*
But sigh.
No one had ever break me apart the same way he does.
And it's so frustrating for the fact that I let him hurt me over and over again.
Hope I'll get over it soon.
A total over you okay Mr. A?
*Smile*


Love,
Dya.

Notakakipenulis: Esok aku exam Pembangunan Sahsiah. Wish me lot of luck with Maslows and Freuds theory. They're so boring that I cant get them into my head. Urghh. So frustrating. What I'm supposed to answer tomorrow if things were like this? And 24 principles of Guru Bitara? Hell lot! :) Needing a lot of luck ;-)

Tuesday 26 April 2011

Kemaafan Yang Pahit?

Ok. Malam ni, xde dah sal pertama-tama macam 3 post aku sebelum ni untuk hari ni. :)
Dan xde lagi curik2 gambar orang and print screen bagai. LOL :)

(Aku risau jugak orang cakap macam2, tetiba dua post sal SD dalam sehari. Macam fanatik ngan SD pulak. Duhh.. No okayy? It just satu kebetulan yang mana dialah orang pertama shout di Chatbox aku dan dialah orang yang 1st review aku. Tak de niat tersembunyi. Aku dah start risau orang fikir macam2 haha.)

Malam ni, topik yang serius sedikit.

Kemaafan.

Semalam aku telah memberi kemaafan paada orang yang paling melukai hati aku. Dan rasanya?

Pahit.

Bukankah satu kemaafan tu satu kemanisan, satu nikmat? Kenapa benda tu menyakitkan bagi aku. Menyakitkan memberi kemaafan. Wahh, aku tak pernah fikirkan benda tu.

Aku dengan baik hatinya memberi kemaafan tanpa sedar aku. Haha. Cam best giler, tanpa sedar. Out of revenge aku memberi kemaafan. (Maknanya aku orang baik tanpa aku sedar la ni lol)

Kenapa?

Aku pun heran. Serius heran. Mungkinkah kerana kemaafan itu seolah-olah tidak dihargai? Ataupun seolah-olah kemaafan aku diketawakan dalam diam? Entahlah. Tapi ikhlaskah aku memberi kemaafan andai aku mengharapkan pembalasan/penghargaan dari kemaafan yang aku beri itu?

Sigh.

Rasa macam nak tarik balik kemaafan yang aku beri tu. Pufft.

Takpe2, I'll try to let go. Aku baru lepas baca entri Nurul Badiah Lai, Tips Melupakan Your Ex Yang Macam Celaka. It does give me a new strenght. Satu ayat aku amik dari entri nih.

"IF U WANNA GO, JUST GO, AND DONT EVER COME BACK.
I JUST DONT NEED ANYONE WHO DOESNT NEED ME."

Aku betul-betul harap dia akan dengar pe yang aku cakap. Walaupun aku tahu its impossible. He'll never knew this blog. *Senyum*

Love,
Dya.

Review Pertama Ku! :)

Ewahh ewahh ewahh heko Dya.
Hari ni semua post nak letak pertama-tama ye?

Tadi Follower Pertamaku,
pastu Chat Pertamaku,
dan yang ni
Review Pertama Ku pulak?
Seronok heko yerk?? :)
Ngee~~~

Da semua benda pertama tu nak jadi hari ni, nak buat camne?
An an an?

Dan disini aku ingin mengumumkan:


Suka curi gambar Inchik SD =p. Sorry Mr. SD :). Pic paling kool :)

Inchik Shah Dodol telah berjaya mengungguli dua carta pertama ku!
-Chat Pertama Ku and Review Pertamaku.
Dialah pemenangnye.






Hemo hemo hemo ngee~~
Tahniah2.

Waa, katanye dia buat review pasal aku dalam dia nak terr...

Erkk, xdapat den nak nolong.haha

Yang touchin, memang dia baca blog aku dari post pertama sampai la post terakhir ni kot? Bub aku tengok printscreen post aku yang ke dua kat entri Hello Dya Alina Mohd Shauki. So nice, I appreciated it :)
Tanx Inchik Shah Dodol.


Love,
Dya

Monday 25 April 2011

Chat Pertamaku!

Wahh! Asyikk!
Hari ni banyak benda yang pertama bagi aku!
Lepas habis buat entri follower pertama ku, terus bukak shout widget.
Sekali tengok SD yang komen.
Wahhh.. Excited! :)

Aku tekan link dia tapi tak dapat, dia tak masukkan kot?
Xpelah, tapi aku rasa aku kenal sape SD tu.
Sape?
Mr. Shah Dodol
Aku suka blogwalking kat  blog dia. Walaupun dia bukanla popular sangat but I do think that his cute. ngee~~Tambah-tambah dengan his awesome hairstyles. Great job, thumbs up SD!


Ni printscreen contoh dia punye hairtyles. Awesome kan? Nak anak ikan macam ni sorang ley? LOL

p/s:sorry Mr. SD xmintak kebenaran nak printscreen :)

Notakakipenulis:Sekali bukan ShahDodol yang tegur aku kat chat tu. Malu daa! haha




Love,
Dya

Follower Pertamaku :)

Yay!
Bukak je lappy pepagi nih, ada sesuatu kat dashboard yang buat aku tersenyum manjang despite of rasa yang bergelodak dalam hati aku. :)


Nampak tak yang aku highlight merah tu??
Yay!
My first follower! hehe
(Excited mengalahkan kanak-kanak ribena kan? First follower je pun?)huhu

Tapi 1st follower itu penting. Tanpa first follower, takkan ada second follower, third follower and so on...ngee~~~

Tanx En Budak Kampung kerana sudi jadi follower saya :)


Love,
Dya

Mood Study-datanglah!

Balik balik online, balik balik blogging. Kejap kejap FB, kejap kejap layan cite Korea sambil menangis tersedu-sedu depan lappy.

Heko nak jadi apa Dya??

Exam 28 ni. Mana janji manis ko kunun nak study malam ni? Lappy terbukak, and sekarang ko sedang menulis satu entri lagi malam ni. Perghh.. Hape nak jadi Dya hape nak jadi??

----Erk. Aku pun tak tahu derr. penat dok marah diri sendiri suruh study. Tapi punggung tetap melekat kat kerusi, lappy tetap on. Haishhh...

Puas aku dok menurun nak dapat mood study.

Plawok plawok plawok plawok plawok plawok plawok..

----Deyy thambi! Zaman hantu kak limah dah habis daa!

Erkk... Iye ke? haha. Aku lewat tengok daa...And lepas 2x ulang pun, aku still xpaham cite tu. Kompius lagi. Ikotkan, aku cam heran, camne la cite tu boley popular ngat. Guess ada certain part lawak dia tu memang lain kot? Memang boley pakai la setakat nak main angkat tangan pusing2 kat Anugerah Bintang Popular? Satu dewan hengko angkat tangan gitu. Mampu??

Pe yang aku merapu sampai hantu kak Limah bagai memalam ni??

Arghh..

Enough Dya enough! Pi study, tutup lappy. OK? Malam- malam sikit baru bukak lagi okey? ;)

Adios!

Love,
Dya


Sunday 24 April 2011

A Wishlist!

Aku bukak FB aku tadi. And I saw my friend uploaded a picture of him and his rabbit. OMG!
That's give me the idea. 

A Wishlist!

Bwahaha... Wishlist tu kena besar-besar maa. Tapi tak tahu la bila wishlist aku ni akan tercapai. We'll see.
p/s: This would be an updated entri too. Aku akan selalu update my wishlist. :)

1)A RABBIT
Ok, I'm being serious here. The first thing that came up on my mind as a wishlist is A RABBIT! They are awesome, super duper cute and wayy to adorable. How bout cats? One wod-eiyu! The poop,the pee is UNTOLERABLE-not to be mention bulu-bulu diorang yang mudah gugur and make me sneeze like hell. But bunnies, they eat up their own poops actually(sounds disgusting) but it's OK what? And I just love seeing a rabbit chewed her foods. Chewed chewed chewed. Ouhh, I might drop dead seeing them eating. Wayyy to cute! :) But sekarang tak ley pelihara lagi la, it takes a lot untuk jaga benda yang sekor nih, ATTENTION, TIME and so on. 

Nanti sambung lagi :)

I'm A Blog Mania

Ok. Seriously. I need to stop.

I CANT STOP BLOGGING AND POSTING ENTRIES.OMG!

It's exam week and on this 28th, ada exam PEMBANGUN SAHSIAH. Uhhh, 'love' it!

Lot of theories, Abraham Maslows, Sigmund Freud and so on... Owhh, how 'interesting'!

There's just the 3 of house in this house, (there should be 6 actually). How nice of them could be relaxing in home despite of us three that bored to death in this house!

And keje aku tak lain tak bukan is dok depan lappy mengepost entri, edit blog and so on. Padahal blog aku ni baru dua hari, tapi dah dekat 10 entri. OMG. Satu keajaiban. Before this, blog aku yang satu lagi tu, sebulan pun belum tnetu dapat satu entri. Aku tak tahu la nape aku excited sangat ngan blog nih. Bwahahaha.

Maybe bosan punya pasal. Tak pun, ni jela yang aku merapu tengahari buta camni. Lagipun, lappy aku tak leh bukak. Adapter aku rosak-untuk kali kedua. Surat waranti aku hilangkan. Best tak? Pufft! So, ni adalah lappy kawan aku. Sementelaah dia tidur tuh, so I guess ni lah masa terbaik aku untuk blogging sepuas hati. Dia dah bangun sat gi, takkan aku still nak buat muka toya pinjam lappy dia. Derr, aku pun ada rasa malu la weh.Haha.

So, bear with me blog :)

Love,
Dya

Missing Them

I MISS MY BESTIES LIKE CRAZY.

They are my gems and my precious.

THE 4+1


God, I miss them!

The Cute Laughable Lynn, The Charming Princess Dyla, The Awesome Friend Dila, and last but not least, The Super Cool Cha.

They made my day on Matriculation.

Now we're far apart. Lynn in Uitm Shah Alam, Dyla in UPM, Dila is far located at the North Malaysia, Uitm Arau and for Cha, she's doing well in UKM.

Felt like hugging them, and doing some random things where one of us will be left out of it. No, not the same left out u thought of. But it turns that either one of us would wear/react/be different. That is where we got the name, The 4+1.

For example, we all be wearing black colour shirt, and somehow, one of us would turns out with a white shirt. It goes like that quite all the times, and everyone was like " Is this a curse or something?". Cause in matter of fact, the only one who goes to Utara university is Dila alone. And the four of us would be staying in the south of Malaysia. Weird isnt it?

Well,  i guess that's is our uniqueness :)

With this four different characters, we would manage to get along well. Despite of some well what we might say is 'misunderstanding', they all ROCKS my world. And I really, really, really missing them right now. Sayang kamoo :(


Love,
Dya

Cute Smileys To Brighten Up Ur Days :)

                                                                                         

SUMBER : GETSMILEYFACE.COM

Love,
Dya