Followers

Saturday 24 September 2011

Celoteh % Pagi

Damn, damn, damn!
What I'd do to have you here, here, here?
Damn, damn, damn!
What I'd do have you near, near, near?
I wish you were here...

~Avril Lavigne- Wish you were here~

Dah berpuluh kali dah aku dok dengar lagu ni untuk malam ni je. Aku dalam mood merindu sebenarnya, dan mendengar lagu ini berulang-ulang kali, hanya semakin membuat aku terasa sayu. Kena pulak baru lepas layan cerita Dear John yang syahdu tu, memang tangkap cintan keseorangan menulis blog pukul 5 pagi nih.
Roomate aku takde, balik kampung. Pukul 1 pagi aku habis keje(aku buat part time kat kedai bawah apartmen aku nih), aku terus tutup pintu, layan movie and lagu and segala-gala yang ada kat internet and lappy aku.

Hasrat aku nak bangun lewat pagi esok. Lantaklah pukul berapa pun aku nak  angun, ikot mata aku jaga. Huhuhu. Memang tak boleh blah. Tapi, dah lama kot aku tak bangun lewat. Aku dah tak macam semester lepas, asyik terbongkang tidur. Sekarang ni, aku dah buat part time, so waktu senggang aku terisi dengan buat assignment baru online, bukan online semata-mata. Kira azam baru untuk semester baru, ia dak?

Dan aku juga dah tak bleh menjanjikan kekerapan aku post entri baru. I'll be busy with my classes, my assignmet, and my part times. Time giler camni jer aku ley curik masa blogging kol 5 pagi engkau. Nak tidur, tapi mata pulak yang tak terpejam. Memang la ngantuk, tapi entahlah, aku tak lena. Takpe2, jap g aku nak paksa gak mata aku ni tidur.


Aku rindukan dia yang nun di seberang sana. Aku rasa bersalah pada dia. Aku sendiri dah konfius dengan diri aku. Aku asyik ingat dia pasal aku rindukan dia ataupun cuma aku rasa besalah pada dia? Aku memang nak mencintai dia, sebab dia terlalu baik pada aku, Tapi banyak faktor yang mengengkang dari berasa begitu
 

Sunday 18 September 2011

My Sweetest Revenge

Kalau korang tahu, atau korang alert ngan blog nih, mesti korang tahu pasal my ex yang gila melampau tuh.
Refer here, here and here.

Well, ni summary pendek kisah cinta aku.

Kitorang bercinta dalam laman MukaBuku, then kantoi dia curang, then kitorang  putus. Pastu putuskan untuk maafkan dia after all he did. Tak jadi nak maafkan, plan revenge on him ngan ex2 dia yang dulu. Then benda tuh hilang camtu jer.

And the best part goes here.

Aku baru balik dari Kuala Pilah, rumah kawan aku. Nak dijadikan cerita, seluas-luas KL nih, aku boleh pulak terserempak ngan dia kat Midvalley. Alangkah keciknya dunia nih!

Sedangkan terserempak dengan dia adalah the last thing I've ever thought selama nih. Aku rasa memang Tuhan sengaja nak bagi  aku jumpa dia. 1st2 aku nampak dia, I cant believe my own eyes! Sumpah tak sangka!
Luka lama kat hati aku berdarah kembali.

Namun, aku dengan selambanya masa tuh pergi tegur dia elok2. Siap salam bagai lagi. But hold on, aku bukan sebaik tuh la nak lupakan pe yang orang buat kat aku. No one have ever break my heart as what he did. I said" Oh hai Mr. Playboy. Sihat?" And dia cam da terkejut sangat time tuh, muka tak yah cakap ar giler cuak. Tapi bila tengok aku baik, dia bajet coool depan aku.

And aku pun nak blah ar dari situ, tapi aku sempat bisik kat makwe dia, "Beware ngan your beloved guys nih. He's not as naive as he looks". Makwe dia dah wat muka tercengang2 dah ngan aku. And aku blah camtu jer wat muka selamba badak

But guess what? Tuhan jer yang tahu apa yang bergelora dalam hati aku masa tuh sampai satu badan rasa menggigil. Sape cakap kemaafan tu benda yang senang? Hello, meh sini nak tanya sikit. Marahnya dalam hati aku nih Tuhan je yang tahu. Segala kenangan aku dan dia ter'flashback' dalam memori aku. And sakit masa aku mula-mula dapat tahu sal kecurangan dia mula datang mencurah. The pain is back.

Untuk melegakan resah dada aku, aku menuju ke Baskin Robbin's berdekatan. I had myself a nice caramel choc-vanilla ice cream(tak ngat pe namanya). Still,tangan aku mengigil tak henti. Aku sedar time tuh, I need my sweetest revenge to endure the pain.

Without further a due, aku blah dari booth Baskin Robbin tuh mencari si Mr. A tadi. He's still there, flirting around with his GF. He owes me a slap. He seriously does!

Tapi part yang tak best dia cam sempat lari. And aku cuma sempat slap cam tu jer. Aku panggil dia dayus sebab lari dari aku. And dia berlalu dari situ ngan GF dengan perasaan malu cause every one's is watching.

Well, aku pun malu gak actually. Tapi aku tak kisah. I have my revenge on. Itu dah cukup buat aku puas hati. Sakit yang selama nih tersimpan kat lubuk hati aku lepas macam tuh jer. Sakit yang dia tinggalkan pada aku dapat aku lepaskan.

Memang bodoh pe aku buat pergi tampar dia kat tengah2 alam tuh. Tapi selagi lom diajar, selagi tuh dia lom sedar, serapuh-rapuh hati perempuan, ia boleh jadi sekeras besi waja sebaik saja ia dihancurkan.

And I hope, pas pe yang jadi tadi, I can get really over him. He's a past, and always be. Pray that I'm gonna find myself an eternity in getting over him..

Love,

Dya

Thursday 15 September 2011

Tentang Dia dan aku


YA Allah ya Rabbi! Blog aku dah macam kapal tinggal aku tengok. Penuh ngan sarang labah2. ~~ok tu ayat hiperbola jer k? Memang sepanjang 4bulan cuti, macam tu jugaklah blog ni cuti. Sekali sekala je dapt update, tu pun kalau rajin menapak cc. And tu pun kalau tak busy dengan keje 3C aku- Cashier cum cleaner cum clerks. Penat memang ampun la tuhan jer tahu. Tapi tulah kesusahan and jerih payah yang aku kena lalui dalam mengenal erti hidup.

Ni hari ketiga berada di Uni, hari kedua berkuliah. And hampir seminggulah aku da putus ngan dia. Sedih? Sape tak sedih break up babe? Tapi da memang salah aku sendiri. Takleh nak cakap apala kan? Dia pun da turun ke laut, membawa hati yang luka. Agaknya lah~~

Salah aku. Mengkhianati kepercayaan dia. Keluar dengan laki lain. Entahlah, aku cuma rasa tak secure ngan hubungan aku ngan dia. Lima tahun beb. Lima tahun lagi nak tunggu hubungan aku dan dia rasmi. Aku cam tak sanggup nak tunggu selama ni. Aku takut kalaulah penantian aku selama lima tahun tu sia2 jer.

Aku some sort of fobia sekarang ngan benda alah cinta and setia nih. Takut aku untuk setia, takut akan dikhianati. Sehinggakan aku sanggup mengkhianati- lebih rela mengkhianati daripada dikhianati. Yeah, aku sangat sangat mementingkan diri aku sendiri. Aku akui itu. Tapi salahkah aku menyelamatkan diri sendiri dulu sebelum diri aku tenggelam?

Tapi aku sebenarnya sekaligus mengalihkan salah itu kepada orang lain yang tidak sepatotnya. Kan? Dia tak patut menerima balasan atas pe yang orang lain buat. Sekalipun aku da sedar kini hakikat tu, aku sebenarnya dah terlambat. Dia dah jauh di seberang sana sekarang.

Untuk merayu cintanya, aku terlalu ego untuk berbuat demikian. Ya, aku tahu tidak salah untuk aku berbuat sedemikian. But my ego wont just let it. Lagipun, aku tahu, aku bukan yang terbaik untuknya. He deserved a better person. And sekarang ni pun, sepupuku Irah (bukan nama sebenar) menaruh hati padanya. And truthfully, dia jauh jauh lagi cantik daripada aku, and lebih baik dari aku. Alasan si dia untuk tidak menerima Irah, kerana Irah jauh lebih muda darinya-tingkatan 3. Tapi apalah sangat tingkatan tiga itu dengan umurnya yang baru menginjak ke angka 20 sekarang. Lima tahun lagi, he's 25 and Irah's 20. At that time, nothing would matter more.

Sewaktu masih bersamanya, aku galak mengusik dia dan Irah. Waktu tu kitorang macam da agak dingin. Bukan dingin. Tapi macam dia dah dapat menghidu akan hubungan aku dengan lelaki lain. Dia terus bertanya dan aku terus-terusan menangkis. Padanya, aku membangkitkan soal Irah bagi mengelak daripada terus di backfire. Namun, dia tak tahu(atau juga pura-pura tak tahu) sebenarnya aku memang mencemburui Irah.

Malam terakhir kitorang bersama(masa tu kitorang lepak kat umah bestfwem aku, Wati(bukan nama sebenar), aku sempat main dengan fon dia. Si Irah ni mesej. And aku dengan perasaan cemburu(tapi di'cover" dengan gelak tawa mengusik) menelefon Irah. Dengan beraninya Irah mengaku dia adalah makwe kepada si dia. Sungguh berani remaja zaman sekarang, tingkatan 3 zaman aku masih mentah mengenai cinta and couple semua ni. Aku tahu apa yang terjadi sebenarnya, dan aku tahu si dia tidak menipu aku. Sebab segalanya telah dia jelaskan. (Aku je yang banyak berselindung).

Time tu jugaklah aku boleh agak perasaan sebenar Irah kat si dia. Memang Irah serius dengan si dia. Sepupu aku yang sorang ni memang sangat cantik. Aku sendiri pun kadang kadang terpana bila lihat dia berhias. Lawa sungguh. Tapi, walaupun hubungan kitorang ni sepupu, aku dan dia tak rapat sangat. Raya hari tu pun dia tak datang umah aku, adalah atas sebab2 tertentu yang aku akan ceritakan nanti kalau aku sempat.

So, banyak gila faktor yang buat aku rasa tak secure dengan dia. Dengan diri aku sendiri. Sayang? Aku boleh cakap hampir setiap masa aku teringat kat dia. Renungan dia pada. Cara dia senyum, cara dia gelak. Hati aku terbuka pada dia dulu pun sebab dia begitu setia menyayangi aku dari aku tingkatan 5 lagi. Sekarang bila dia dah berjaya dah pun, dia masih ingat aku, sayang aku. Aku je yang bodoh tak mampu menghargai dia.

Tapi, aku harap dia ingat kata-kata terakhir aku pada dia, yang selalu aku ucapkan pada dia.

"Kalau ditakdirkan awak jodoh saya, saya terima....."

Doakan aku dan dia kawan-kawan. Walaupun sungguh tipis peluang aku dan dia, aku tetap mengharapkannya.


Love,
Dya Alina Ahmad Shauki