Followers

Friday 27 May 2011

Tak suka tak suka tak suka!

 Pernah tak korang semua berada dalam satu keadaaan di mana, korang membenci seseorang itu tanpa sebab? Bukanlah benci sebenarnya, tapi lebih kepada tak suka. tapi benci tu pun lebih kurang jer dengan tak suka tu kot, cuma benci ni advance sikit. Agaknya lah~~ Huu, malas nak bukak Kamus Dewan huhuhu..:peace!

Aku pernah ,and selalulah gak rasa macam nih. Tetiba tak suka kat seseorang tuh. Walaupun dia tak wat salah pun ngan kita. And benda tu aku takkan dapat tahan. Bila hati ni dah cakap tak suka, susah ngat nak wat kita suka kat dia cam biasa.

Nak-nak bila dia buat salah ngan kita. Bengkek jer hati time tuh. Haish, tersiat rasa hati nih. Tapi yang heran, bila orang lain buat silap and salah yang sama, senang jer kita maafkan. And part paling tak boleh blah adalah, bila kita tahu ada orang lain gak yang tak suka kat dia... Rasa nak melompat toink toink toink aje! Hahahaha...Yela, at least, kurang la sikit rasa bersalah tu. Ingatkan kita sorang jer tak suka dia huhuhu...Kejam kan aku nih?? huhuhu

Tapi, rasa bersalah tu of course tetap ada. I've been in both world. Dibenci dan membenci. Nope. Aku tak pernah terniat nak balas balik apa yang orang pernah buat kat aku dulu. Tapi tulah realiti hidup kan? And aku tak rasa aku sorang jer pernah rasa macam ni. Aku rasalah~~hehehe

Sakitnya rasa dibenci. Tanpa ada sebab. Ataupun mungkin kerana satu sebab yang kecil, yang salahnya hanya pada diri aku sendiri,yang salahnya hanya kerana aku tidak boleh adapt dunia mereka pada ketika itu,  menyebabkan aku dibenci. Ataupun, mungkin sebab i've been in a world that doesnt belongs to me. Maybe. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya sampai sekarang.

Dan sebab pernah rasa perasaan dibenci itulah, aku terhambat ngan sumpah diri takkan membenci orang lain tanpa sebab apabila aku membenci seseorang. Dan berada pada keadaan aku sekarang, aku mulai faham. Aku takkan salahkan orang yang pernah membenci aku dulu, aku maafkan mereka, kerana aku tahu, aku boleh dibenci tanpa sebarang sebab seperti mana aku membenci orang tanpa sebarang sebab.Haha. tahu ayat ni sedikit memeningkan hehehe..

Aku ada quote yang memang kena ngan entri aku hari ni:

" You cannot have ten friends without at least, a hater."


So, kepada sesape yang dibenci, just bear with it. You cant expect semua orang akan suka kat you. Kebaikan kita juga kekadang boleh dijadikan sebab untuk dibenci. Tapi kena ingat juga, bukan semua orang akan benci kita k? And to haters, cuba cari pertimbangan untuk tidak membenci orang lain k?( kata-kata ni ditujukan  khas untuk aku sebenarnya. huhu) Others, take note sama yer?? : peace, no war..


Love, 
Dya


taken from another blog of mine dated on 28 October 2010

Tuesday 17 May 2011

The Journyey of A Heart-Broken Girl

Putus cinta.

Exam.

Serabut...

3 benda ni buat aku tak tahan dok terperap kat umah. Lantas, aku mengambil keputusan drastik lari dari rumah.

Erk.

Hiperbola je tu. *Senyum*

Aku cuma keluar dari umah kejap. Sedut udara baru. Berada kat rumah buat aku sesak nafas. Bukan kerana bilik aku yang bersepah.  

I kinda need to breath a different air though.

Perhati alam, perhati orang sekeliling.Guess it'll make me feel better. And it did.

Aku amik train daripada Tanjung Malim- Kajang. Nape Kajang? Bub aku janji nak jumpa kawan aku jap kat sana. Kalau ikut hati, aku amik sampai last stop je, Seremban. *Senyum*. Saja buat sakai sengsorang. Hehe

Bagi yang tak tahu, Tanjung Malim hanya hantar setakat Rawang sahaja. And daripada Rawang tu la kena transit ke next destination. And it takes merely half an hour to reach Rawang and another one hour and a half to reach Kajang. ( Hambik ko! Meroyan ngat nak breath another kind of air konon! lol)

And for your information, the journey was breathtaking cum backpain-ing! Seriously sakit pinggang dok atas kerusi lelama. Hadoii, bila hingat balik, masih terasa kesengalan pinggang ku. Breath another kind of air punye pasal. *Senyum*

Sepanjang daripada Tanjung Malim- Rawang, all I did is just menangis sambil layan lagu Impossible by Shontelle. Masuk ladies coach, amik port belakang sekali. Aku menangis kuat mana pun takde orang dengar bub suara aku da ditenggelami bunyi enjin keretapi yang bising tu :). And nasib aku baik, tak ramai orang. Kalau tak, mesti orang cakap aku gila menangis sengsorang atas keretapi. *Senyum*

Sampai di Rawang, aku transit naik train route Seremban. Masa tu, aku da tenang sedikit.Yela, masa aku break ngan dia tu, sedikit pun aku tak nangis. Tak keluar walau setitis pun air mata aku walaupun jiwa aku time tu kacau gila. Aku pun tak tahu nape, Sedangkan aku ni spesies cengeng. (Ye, aku ngaku aku cengeng. So? *Senyum*)

Masa aku putus ngan dia, aku rasa sakit kat dada aku ni. Sakit sangat. Benda yang aku takut-takutkan selama ni mejadi kenyataan. Walhal, aku sort of tahu benda tu akan jadi. Mungkin sebab ianya terlalu cepat ataupun memang the fact that I am truly head over heels for him? Haha.

The pain was so heart-throbbing. Rasa menyucuk kat pangkal hati aku menyebabkan aku rasa seolah-olah aku sesak nafas, samapi aku terpaksa urut dada aku untuk melegakan rasa sakit tu. This is my first time ever being in pain as much as this though he is not my first love. Aku tak pernah merasakan benda ni walaupun I've gone through a lot of break ups.Guess it's the pain of being deceived and falling off from the highest peak u ever knew.*Senyum*

Back to the journey then.

On the way balik, aku sekali lagi menangis daripada Rawang ke Tanjung Malim. Lepaskan kesemua rasa yang ada kat dalam hati aku ni. So that, it will be my last time of crying over him I hope. He'd brought a lot of pain in my life and I hope this journey would sober me a little. He's gone with the wind and I'd pray this pain will too...

Yet, the journey didnt end as  i reached Tanjung Malim.

I had a little more for a night scenery in Tanjung Malim. I walked through the darkness of the night from Stesyen KTM Tanjung Malim (alone!) ke Pintu Timur UPSI. Padahal aku boleh je pakai Pintu Selatan UPSI yang lebih dekat. Saja nak meletihkan diri so that I wont think about him. Lagi nak buat sakai, pergi keliling UPSI tu malam-malam buta sengsorang-tak masuk pun ikut Pintu Utama UPSI(kira shortcuts pergi Pintu Timur la ni). Kalau kena culik ke kena rogol ker, tak ke naya? And aku sempat lagi pergi pusing deretan kedai kat sebelah traffic light Tanjung Malim. Masuk Big 9, Seven-E jap. Ikut hati nak gi makan Secret Recipes, tapi mengenangkan ongkos taarak, aku batalkan niat aku yang suci murni tuh. Huhu...

Sampai Pintu Timur, aku beli makanan jap and terus balik naik bas kolej. Kalau lah aku tak mengenangkan kejauhan dan kesunyian jalan ke KAB yang menakutkan tu(lebuhraya sunyi), aku rasa aku dah menapak balik jalan kaki jer. Hehe..Kan aku cakap aku nak meletihkan diri aku sendiri?

Sampai je di rumah, benda yang pertama aku fikir aku nak tidur je. So that bayangan dia takkan mengacau aku. Aku taknak jadi macam malam yang kitorang putus tu. Terbangun setiap setengah jam teringatkan dia. Ingin menangis but the tears wont just come out. Bayangan dia, gelak tawa dia akan selalu menghantui aku. Tu yang aku gila-gila mahu meletihkan diri sendiri. Ah, parah kan kes aku?

Despite pe yang aku buat sepanjang sehari tu, mata aku masih tak dapat lelap. Tak dapat lupakan bayangan dia. Aku tutup mata pun masih ada senyuman dia. Gelak tawa dia masih terngiang-ngiang di telinga aku. Sakai. Dan selepas satu perkara ni aku buat, aku terus terlena sampai ke tengahari berikutnya.*Senyum*

Notakakipenulis:Benda yang aku buat tu, telan 8 biji panadol. Jangan risau, aku tak mati. Tak de niat pun nak mati. Aku cuma nak tidur cepat. Telan panadol dengan rakus memang keje aku. Aku migrainer :).So, 4-6 biji panadol sekaligus, itu kebiasaan. *Senyum*
 
Ini adalah satu entri aku daripada blog aku yang satu lagi. Sape yang dah tahu blog aku satu lagi tuh, let just make it as a secret k ? This blog is only for anonymous who doesnt really know me in the realm world. And entri ini ditulis pada tanggal 21 April 2011. Saat aku final exam sem 2. Sengaja mengimbas kembali kebodohan aku ketika zaman remaja dulu~~ remaja la sangat lalala
 
Love,
Dya 

Monday 9 May 2011

Mak, Aku bosan!

Well, melihat kepada title yang aku tuliskan di atas, sudah tentu korang dapat mengagak pe yang aku nak ceritakan.
Yup,  aku kebosanan. Yup, yang amat-amat sangat.
Sumpah seyy...
Haishhh....
Aku kalau kat umah dah macam balak mati dah gamaknya, bergelimpangan kat depan TV.
Omak eden hanya mampu tengok wa dengan gelengan di kepala.
Omak..Omak..
Chill out babeh, anak mu ini sudah berusaha untuk mendapatkan kerja supaya takdo lah koje dn perabih boraih di dapor ajo keknye..
Namun duhai omak, siapala mahu menerima hamba yang hina ini?
Acece.
Melampau tol ayat aku, sekali mahu hierbola dahh..buwahahaha
Tak delah wei.
Memang betul xde orang nak amik aku keje.
Yela kowt, aku cuma mampu kerja 4 bulan je weh.
Pastu aku dah sambung study balik.
Yang ada cuma offer untuk gaji kat keje kedai karaoke.
Xmo den.
Mau jadi buah mulut orang kampung haku.
Xmo xmo, tobat tobat.
Mulut orang kampung aku ni laser sikit, cam Melodi gamaknya.
Benda sikit pun boleh ditokok tambah/dicampur2 yang boleh diumpamakan seperti beras yang akhirnya menjadi bubur lambuk setelah di tokok tambah perisa lain. Motif perumpaan aku? (Aku pun tak tahu buwahaha)
xpola, gamaknya aku pi keje kat Mydin Mall yang baru bukak tu la jap lagi. Walau jauh ke hape ke, tetap akan ku redahi demi tidak membenarkan lemak-lemak ini menjajahi segenap pelusok tubuh ini. Bwahahaha..
And,aku dah dapat pengajaran aku.
Aku takkan bagitahu aku sedang cuti 4 bulan HAHAHA*evil laugh*
So, wish me a lot of luck folks :)


Notakakipenulis:Kepada follower-follower aku tau pelawat-pelawat aku: Sorry hun. Sekarang aku kat cc, memang takde masa nak blogwalking balik ke blog2 korang. Aku cuma sempat mengupdate entri aku jer. Segan dowh nak dok kat cc lelama. Tapi takpe. Just leave ur link kt Mister Linky Magical Widget kat bawah tu. And I'll sure get to u bck bila ada masa nanti k? Adios!

Love,
Dya

Sunday 8 May 2011

A New Hope

Semalam benda yang palinh aku tak sangka berlaku pada aku.
My long lost besties a.k.a my enemy kini da try berbaik dengan aku.
Unbelievable.
Yeah, i know it was quite my fault as first yang kitorg ley gaduh tu.
I took her EX's.
I REPEAT, her EX- not his BF ok?
She was quite mad at me, and thanks to my bloody ex, he made her angrier towards me.
Punyalah dia pergi sebar fitnah kononnya aku p buruk-burukkan nama Miss W kat orang.
Sedangkan hell  no, she was a besties of mine since my kindergarden year lagi ok?
And there's no way I could that to her.
Yang paling takley blah, my EX, Mr Z pergi cakakp kat aku Miss W ni duk buruk-burukkan nama aku, jaja hal buruk sal aku kat satu kampng.
And korang boleh tahu pe akibatnya kan?
Kitorg memang bergaduh like hell. Memang langsung buat2 tak kenal dah.
Memang cam shit giler.
But semalam, kitorang meet up secara tak sengaja, and segala ketidak puasan hati antara aku dan dia diluahkan.
And daripada situ la semua benda terbongkar.
Everything that the bloody shit towards me and Miss W.
And the worst part is that, I was really into Mr. Z at that time.
Luckily I'm over him right now.
Satu hari nanti aku akan cerita sal Mr. Z ni.
He's one of my worst nighmare ever!
Ok, back to the story.
About Miss W, kitorg da ok blik skang - I hope.
And kitorg nak g konfront Mr Z pasni.
Tapi aku takut.
Mr. Z tu memang da out of mind.
Wayar kepala dia da putus.
Wait till aku cerita sal Mr. Z, then u will know.
Till then, bye folks.
Aku nak kena jadi driver tak bergaji kat umah.
Kena amik adik aku dari sekolah.
HAish....=.="
Nasib2....TIll then :)


Love,
Dya

Sunday 1 May 2011

It's Gonna Be A Long Month :)

Heyya folks.
Guess I kat ane skang?
Ohh..my hometown! *wink2! :0
Cuti 4 bulan, and duhh..tak tahu la pe aku bakal lakukan selama 4 bulan nihh..
It's going to be a long summer, seriously :)
And dengan itu juga, aku mengumumkan yang peng-update-an entri aku sepanjang aku berada di rumah akan jadi wayy whole slow.
Yeah, xde internet owhh umah aku.
Lepas aku punya broadband kena sekat, memang biar cam tu jela sepanjang masa.
=.=" Pufft
Tapi takpe, tengoklah kot2 jap lagi aku nak sambung balik, tapi this time bawah nama adik aku pulak. ngeh2
Pasni, korang takkan jumpa dah dya yang ibaratnya blogger maniac, tiap2 masa nak update blog. haha.
Sekarang aku kat cc, takkan la tiap2 masa aku nak tunjuk muka cc nih, ia dak? Buat segan seyy :)
Kepada kawan-kawan (tak kira lah setakat kawan blogger atau betul-betul kawan) yang masih belum mneghabiskan finalmu, silakan menjawab dengan baik. Aku da habis and sekarang nga bersenang -lenang kat umah ibarat buaya kekenyangan makan anak lembu. Motiff? lalalal :)
K la guys, gotta to go. Malas nak tayang muka lelama kat sini, macam mencapub la pulak ngeh3...
Aku nak pi meronda satu kampung jap, kot2 la jumpa marka hensem sorang. wink2!

Love,
Dya
.