Followers

Tuesday 17 May 2011

The Journyey of A Heart-Broken Girl

Putus cinta.

Exam.

Serabut...

3 benda ni buat aku tak tahan dok terperap kat umah. Lantas, aku mengambil keputusan drastik lari dari rumah.

Erk.

Hiperbola je tu. *Senyum*

Aku cuma keluar dari umah kejap. Sedut udara baru. Berada kat rumah buat aku sesak nafas. Bukan kerana bilik aku yang bersepah.  

I kinda need to breath a different air though.

Perhati alam, perhati orang sekeliling.Guess it'll make me feel better. And it did.

Aku amik train daripada Tanjung Malim- Kajang. Nape Kajang? Bub aku janji nak jumpa kawan aku jap kat sana. Kalau ikut hati, aku amik sampai last stop je, Seremban. *Senyum*. Saja buat sakai sengsorang. Hehe

Bagi yang tak tahu, Tanjung Malim hanya hantar setakat Rawang sahaja. And daripada Rawang tu la kena transit ke next destination. And it takes merely half an hour to reach Rawang and another one hour and a half to reach Kajang. ( Hambik ko! Meroyan ngat nak breath another kind of air konon! lol)

And for your information, the journey was breathtaking cum backpain-ing! Seriously sakit pinggang dok atas kerusi lelama. Hadoii, bila hingat balik, masih terasa kesengalan pinggang ku. Breath another kind of air punye pasal. *Senyum*

Sepanjang daripada Tanjung Malim- Rawang, all I did is just menangis sambil layan lagu Impossible by Shontelle. Masuk ladies coach, amik port belakang sekali. Aku menangis kuat mana pun takde orang dengar bub suara aku da ditenggelami bunyi enjin keretapi yang bising tu :). And nasib aku baik, tak ramai orang. Kalau tak, mesti orang cakap aku gila menangis sengsorang atas keretapi. *Senyum*

Sampai di Rawang, aku transit naik train route Seremban. Masa tu, aku da tenang sedikit.Yela, masa aku break ngan dia tu, sedikit pun aku tak nangis. Tak keluar walau setitis pun air mata aku walaupun jiwa aku time tu kacau gila. Aku pun tak tahu nape, Sedangkan aku ni spesies cengeng. (Ye, aku ngaku aku cengeng. So? *Senyum*)

Masa aku putus ngan dia, aku rasa sakit kat dada aku ni. Sakit sangat. Benda yang aku takut-takutkan selama ni mejadi kenyataan. Walhal, aku sort of tahu benda tu akan jadi. Mungkin sebab ianya terlalu cepat ataupun memang the fact that I am truly head over heels for him? Haha.

The pain was so heart-throbbing. Rasa menyucuk kat pangkal hati aku menyebabkan aku rasa seolah-olah aku sesak nafas, samapi aku terpaksa urut dada aku untuk melegakan rasa sakit tu. This is my first time ever being in pain as much as this though he is not my first love. Aku tak pernah merasakan benda ni walaupun I've gone through a lot of break ups.Guess it's the pain of being deceived and falling off from the highest peak u ever knew.*Senyum*

Back to the journey then.

On the way balik, aku sekali lagi menangis daripada Rawang ke Tanjung Malim. Lepaskan kesemua rasa yang ada kat dalam hati aku ni. So that, it will be my last time of crying over him I hope. He'd brought a lot of pain in my life and I hope this journey would sober me a little. He's gone with the wind and I'd pray this pain will too...

Yet, the journey didnt end as  i reached Tanjung Malim.

I had a little more for a night scenery in Tanjung Malim. I walked through the darkness of the night from Stesyen KTM Tanjung Malim (alone!) ke Pintu Timur UPSI. Padahal aku boleh je pakai Pintu Selatan UPSI yang lebih dekat. Saja nak meletihkan diri so that I wont think about him. Lagi nak buat sakai, pergi keliling UPSI tu malam-malam buta sengsorang-tak masuk pun ikut Pintu Utama UPSI(kira shortcuts pergi Pintu Timur la ni). Kalau kena culik ke kena rogol ker, tak ke naya? And aku sempat lagi pergi pusing deretan kedai kat sebelah traffic light Tanjung Malim. Masuk Big 9, Seven-E jap. Ikut hati nak gi makan Secret Recipes, tapi mengenangkan ongkos taarak, aku batalkan niat aku yang suci murni tuh. Huhu...

Sampai Pintu Timur, aku beli makanan jap and terus balik naik bas kolej. Kalau lah aku tak mengenangkan kejauhan dan kesunyian jalan ke KAB yang menakutkan tu(lebuhraya sunyi), aku rasa aku dah menapak balik jalan kaki jer. Hehe..Kan aku cakap aku nak meletihkan diri aku sendiri?

Sampai je di rumah, benda yang pertama aku fikir aku nak tidur je. So that bayangan dia takkan mengacau aku. Aku taknak jadi macam malam yang kitorang putus tu. Terbangun setiap setengah jam teringatkan dia. Ingin menangis but the tears wont just come out. Bayangan dia, gelak tawa dia akan selalu menghantui aku. Tu yang aku gila-gila mahu meletihkan diri sendiri. Ah, parah kan kes aku?

Despite pe yang aku buat sepanjang sehari tu, mata aku masih tak dapat lelap. Tak dapat lupakan bayangan dia. Aku tutup mata pun masih ada senyuman dia. Gelak tawa dia masih terngiang-ngiang di telinga aku. Sakai. Dan selepas satu perkara ni aku buat, aku terus terlena sampai ke tengahari berikutnya.*Senyum*

Notakakipenulis:Benda yang aku buat tu, telan 8 biji panadol. Jangan risau, aku tak mati. Tak de niat pun nak mati. Aku cuma nak tidur cepat. Telan panadol dengan rakus memang keje aku. Aku migrainer :).So, 4-6 biji panadol sekaligus, itu kebiasaan. *Senyum*
 
Ini adalah satu entri aku daripada blog aku yang satu lagi. Sape yang dah tahu blog aku satu lagi tuh, let just make it as a secret k ? This blog is only for anonymous who doesnt really know me in the realm world. And entri ini ditulis pada tanggal 21 April 2011. Saat aku final exam sem 2. Sengaja mengimbas kembali kebodohan aku ketika zaman remaja dulu~~ remaja la sangat lalala
 
Love,
Dya 

No comments:

Post a Comment

borak-borak kafe :)