Followers

Saturday, 24 September 2011

Celoteh % Pagi

Damn, damn, damn!
What I'd do to have you here, here, here?
Damn, damn, damn!
What I'd do have you near, near, near?
I wish you were here...

~Avril Lavigne- Wish you were here~

Dah berpuluh kali dah aku dok dengar lagu ni untuk malam ni je. Aku dalam mood merindu sebenarnya, dan mendengar lagu ini berulang-ulang kali, hanya semakin membuat aku terasa sayu. Kena pulak baru lepas layan cerita Dear John yang syahdu tu, memang tangkap cintan keseorangan menulis blog pukul 5 pagi nih.
Roomate aku takde, balik kampung. Pukul 1 pagi aku habis keje(aku buat part time kat kedai bawah apartmen aku nih), aku terus tutup pintu, layan movie and lagu and segala-gala yang ada kat internet and lappy aku.

Hasrat aku nak bangun lewat pagi esok. Lantaklah pukul berapa pun aku nak  angun, ikot mata aku jaga. Huhuhu. Memang tak boleh blah. Tapi, dah lama kot aku tak bangun lewat. Aku dah tak macam semester lepas, asyik terbongkang tidur. Sekarang ni, aku dah buat part time, so waktu senggang aku terisi dengan buat assignment baru online, bukan online semata-mata. Kira azam baru untuk semester baru, ia dak?

Dan aku juga dah tak bleh menjanjikan kekerapan aku post entri baru. I'll be busy with my classes, my assignmet, and my part times. Time giler camni jer aku ley curik masa blogging kol 5 pagi engkau. Nak tidur, tapi mata pulak yang tak terpejam. Memang la ngantuk, tapi entahlah, aku tak lena. Takpe2, jap g aku nak paksa gak mata aku ni tidur.


Aku rindukan dia yang nun di seberang sana. Aku rasa bersalah pada dia. Aku sendiri dah konfius dengan diri aku. Aku asyik ingat dia pasal aku rindukan dia ataupun cuma aku rasa besalah pada dia? Aku memang nak mencintai dia, sebab dia terlalu baik pada aku, Tapi banyak faktor yang mengengkang dari berasa begitu
 

Sunday, 18 September 2011

My Sweetest Revenge

Kalau korang tahu, atau korang alert ngan blog nih, mesti korang tahu pasal my ex yang gila melampau tuh.
Refer here, here and here.

Well, ni summary pendek kisah cinta aku.

Kitorang bercinta dalam laman MukaBuku, then kantoi dia curang, then kitorang  putus. Pastu putuskan untuk maafkan dia after all he did. Tak jadi nak maafkan, plan revenge on him ngan ex2 dia yang dulu. Then benda tuh hilang camtu jer.

And the best part goes here.

Aku baru balik dari Kuala Pilah, rumah kawan aku. Nak dijadikan cerita, seluas-luas KL nih, aku boleh pulak terserempak ngan dia kat Midvalley. Alangkah keciknya dunia nih!

Sedangkan terserempak dengan dia adalah the last thing I've ever thought selama nih. Aku rasa memang Tuhan sengaja nak bagi  aku jumpa dia. 1st2 aku nampak dia, I cant believe my own eyes! Sumpah tak sangka!
Luka lama kat hati aku berdarah kembali.

Namun, aku dengan selambanya masa tuh pergi tegur dia elok2. Siap salam bagai lagi. But hold on, aku bukan sebaik tuh la nak lupakan pe yang orang buat kat aku. No one have ever break my heart as what he did. I said" Oh hai Mr. Playboy. Sihat?" And dia cam da terkejut sangat time tuh, muka tak yah cakap ar giler cuak. Tapi bila tengok aku baik, dia bajet coool depan aku.

And aku pun nak blah ar dari situ, tapi aku sempat bisik kat makwe dia, "Beware ngan your beloved guys nih. He's not as naive as he looks". Makwe dia dah wat muka tercengang2 dah ngan aku. And aku blah camtu jer wat muka selamba badak

But guess what? Tuhan jer yang tahu apa yang bergelora dalam hati aku masa tuh sampai satu badan rasa menggigil. Sape cakap kemaafan tu benda yang senang? Hello, meh sini nak tanya sikit. Marahnya dalam hati aku nih Tuhan je yang tahu. Segala kenangan aku dan dia ter'flashback' dalam memori aku. And sakit masa aku mula-mula dapat tahu sal kecurangan dia mula datang mencurah. The pain is back.

Untuk melegakan resah dada aku, aku menuju ke Baskin Robbin's berdekatan. I had myself a nice caramel choc-vanilla ice cream(tak ngat pe namanya). Still,tangan aku mengigil tak henti. Aku sedar time tuh, I need my sweetest revenge to endure the pain.

Without further a due, aku blah dari booth Baskin Robbin tuh mencari si Mr. A tadi. He's still there, flirting around with his GF. He owes me a slap. He seriously does!

Tapi part yang tak best dia cam sempat lari. And aku cuma sempat slap cam tu jer. Aku panggil dia dayus sebab lari dari aku. And dia berlalu dari situ ngan GF dengan perasaan malu cause every one's is watching.

Well, aku pun malu gak actually. Tapi aku tak kisah. I have my revenge on. Itu dah cukup buat aku puas hati. Sakit yang selama nih tersimpan kat lubuk hati aku lepas macam tuh jer. Sakit yang dia tinggalkan pada aku dapat aku lepaskan.

Memang bodoh pe aku buat pergi tampar dia kat tengah2 alam tuh. Tapi selagi lom diajar, selagi tuh dia lom sedar, serapuh-rapuh hati perempuan, ia boleh jadi sekeras besi waja sebaik saja ia dihancurkan.

And I hope, pas pe yang jadi tadi, I can get really over him. He's a past, and always be. Pray that I'm gonna find myself an eternity in getting over him..

Love,

Dya

Thursday, 15 September 2011

Tentang Dia dan aku


YA Allah ya Rabbi! Blog aku dah macam kapal tinggal aku tengok. Penuh ngan sarang labah2. ~~ok tu ayat hiperbola jer k? Memang sepanjang 4bulan cuti, macam tu jugaklah blog ni cuti. Sekali sekala je dapt update, tu pun kalau rajin menapak cc. And tu pun kalau tak busy dengan keje 3C aku- Cashier cum cleaner cum clerks. Penat memang ampun la tuhan jer tahu. Tapi tulah kesusahan and jerih payah yang aku kena lalui dalam mengenal erti hidup.

Ni hari ketiga berada di Uni, hari kedua berkuliah. And hampir seminggulah aku da putus ngan dia. Sedih? Sape tak sedih break up babe? Tapi da memang salah aku sendiri. Takleh nak cakap apala kan? Dia pun da turun ke laut, membawa hati yang luka. Agaknya lah~~

Salah aku. Mengkhianati kepercayaan dia. Keluar dengan laki lain. Entahlah, aku cuma rasa tak secure ngan hubungan aku ngan dia. Lima tahun beb. Lima tahun lagi nak tunggu hubungan aku dan dia rasmi. Aku cam tak sanggup nak tunggu selama ni. Aku takut kalaulah penantian aku selama lima tahun tu sia2 jer.

Aku some sort of fobia sekarang ngan benda alah cinta and setia nih. Takut aku untuk setia, takut akan dikhianati. Sehinggakan aku sanggup mengkhianati- lebih rela mengkhianati daripada dikhianati. Yeah, aku sangat sangat mementingkan diri aku sendiri. Aku akui itu. Tapi salahkah aku menyelamatkan diri sendiri dulu sebelum diri aku tenggelam?

Tapi aku sebenarnya sekaligus mengalihkan salah itu kepada orang lain yang tidak sepatotnya. Kan? Dia tak patut menerima balasan atas pe yang orang lain buat. Sekalipun aku da sedar kini hakikat tu, aku sebenarnya dah terlambat. Dia dah jauh di seberang sana sekarang.

Untuk merayu cintanya, aku terlalu ego untuk berbuat demikian. Ya, aku tahu tidak salah untuk aku berbuat sedemikian. But my ego wont just let it. Lagipun, aku tahu, aku bukan yang terbaik untuknya. He deserved a better person. And sekarang ni pun, sepupuku Irah (bukan nama sebenar) menaruh hati padanya. And truthfully, dia jauh jauh lagi cantik daripada aku, and lebih baik dari aku. Alasan si dia untuk tidak menerima Irah, kerana Irah jauh lebih muda darinya-tingkatan 3. Tapi apalah sangat tingkatan tiga itu dengan umurnya yang baru menginjak ke angka 20 sekarang. Lima tahun lagi, he's 25 and Irah's 20. At that time, nothing would matter more.

Sewaktu masih bersamanya, aku galak mengusik dia dan Irah. Waktu tu kitorang macam da agak dingin. Bukan dingin. Tapi macam dia dah dapat menghidu akan hubungan aku dengan lelaki lain. Dia terus bertanya dan aku terus-terusan menangkis. Padanya, aku membangkitkan soal Irah bagi mengelak daripada terus di backfire. Namun, dia tak tahu(atau juga pura-pura tak tahu) sebenarnya aku memang mencemburui Irah.

Malam terakhir kitorang bersama(masa tu kitorang lepak kat umah bestfwem aku, Wati(bukan nama sebenar), aku sempat main dengan fon dia. Si Irah ni mesej. And aku dengan perasaan cemburu(tapi di'cover" dengan gelak tawa mengusik) menelefon Irah. Dengan beraninya Irah mengaku dia adalah makwe kepada si dia. Sungguh berani remaja zaman sekarang, tingkatan 3 zaman aku masih mentah mengenai cinta and couple semua ni. Aku tahu apa yang terjadi sebenarnya, dan aku tahu si dia tidak menipu aku. Sebab segalanya telah dia jelaskan. (Aku je yang banyak berselindung).

Time tu jugaklah aku boleh agak perasaan sebenar Irah kat si dia. Memang Irah serius dengan si dia. Sepupu aku yang sorang ni memang sangat cantik. Aku sendiri pun kadang kadang terpana bila lihat dia berhias. Lawa sungguh. Tapi, walaupun hubungan kitorang ni sepupu, aku dan dia tak rapat sangat. Raya hari tu pun dia tak datang umah aku, adalah atas sebab2 tertentu yang aku akan ceritakan nanti kalau aku sempat.

So, banyak gila faktor yang buat aku rasa tak secure dengan dia. Dengan diri aku sendiri. Sayang? Aku boleh cakap hampir setiap masa aku teringat kat dia. Renungan dia pada. Cara dia senyum, cara dia gelak. Hati aku terbuka pada dia dulu pun sebab dia begitu setia menyayangi aku dari aku tingkatan 5 lagi. Sekarang bila dia dah berjaya dah pun, dia masih ingat aku, sayang aku. Aku je yang bodoh tak mampu menghargai dia.

Tapi, aku harap dia ingat kata-kata terakhir aku pada dia, yang selalu aku ucapkan pada dia.

"Kalau ditakdirkan awak jodoh saya, saya terima....."

Doakan aku dan dia kawan-kawan. Walaupun sungguh tipis peluang aku dan dia, aku tetap mengharapkannya.


Love,
Dya Alina Ahmad Shauki

Saturday, 30 July 2011

Terima kasih sayang....

Entri ini ditujukan kepada si dia yang terlalu lama berada disamping aku sehinggakan aku sendiri tidak menyedari akan hadirnya dia selama ini.
5 tahun dia menuggu aku. Ya, mungkin cinta itu ada naik turunnya, namun cinta itu tetap ada.
Tidak seperti aku, rasa itu baru mula menerjah dada...*senyum* Dan aku bersyukur, aku dikurniakan kesempatan untuk mengenali kamu. Dan syukur, pintu hati aku dibukakan kepada kamu.
Mungkin aku silap, tidak pernah cuba untuk menerima kamu dulu. Tapi, aku yakin, ada hikmah disebalik semua itu..
Kita berdua semakin dewasa. Semakin matang dalam mengenal erti kehidupan dan juga erti cinta.
Terima kasih kerana masa itu, terima kasih juga kerana menerima aku seadanya aku sayang. Aku insan yang tidak sempurna, namun sikit pun kau tidak endahkannya. Terima kasih sekali lagi sayang..
Semoga ini menjadi titik tolak kepada cinta kita berdua :) Amin...

Sunday, 26 June 2011

Hati Yang Berubah

Well, pada post lepas aku telah bercakap tentang "Dalam Proses Mengenali".
Then, scerw it!
Well, aku memang loser dalam bab bercinta..
Seriously..
Bila aku da dapat yang terbaik dalam hidup, well, xdalah yang terbaik, aku jadi takleh nak terima orang tu..
Well, aku tak tahu la samada da jadi sumpah ke hape untuk diri aku untuk tidak menyintai orang yang menyintai aku sepenuh hati.
Bila orang da start sayang aku, so aku dengan dajalnya, start tak suka orang tuh.
Funny isnt it?
Da jadi some sort of sumpah plak untuk diri aku.
Hmmm..Macam yang aku ceritakan sebelum nih, memang la dia tu baik. Tapi aku ni, memang masalah lah hati aku nih.
Tapi, buat masa yang sama, aku tak berani nak bagitahu dia apa yang aku rasa sekarang ni.
Aku biarkan benda nih tergantung macam tu je.
Kejam kan aku?
Realitinya, aku takut  nak melukakan hati orang.
Sebab aku tahu sakit cinta yang terbalas.
Tapi aku juga tahu lagi sakit untuk ditipu dalam satu-satu perhubungan.
And what;s more is that,
Hanya diberi simpati dalam sesuatu perhubungan tu.
Yet, tu lah yang aku buat..
Hmm, tapi aku sedang mengumpul kekuatan aku untuk bagitahu dia perkara yang sebenar.
Si, wish me lot of luck, and courage dear :)


Love,
Dya

Tuesday, 14 June 2011

Dalam Proses Mengenali...

Well, hello peeps and folks!
Lama kan xdengar cerita aku?
Well, maklumlah, i sekarang busy sikit jadi engineer..
Yeah! Engineer..
Engineer pe?
Engineer ukur jalan! LOL!
Hahaha...Sejak aku berhenti kerja hari tu, terus aku dok diam kat umah goyang kaki.
Hello, jap, correction2..
Xda maknanye aku dok goyang2 kaki kat umah.
Makin kuat aku berjalan adalah..
Tu yang aku cakap aku kerja engineer ukur jalan.
Tiap2 hari ada ja aku gi mana2..
Saje2 je ukur jalan hahaha,,
Yang paling best, sepanjang aku tak update 2 3 minggu nih, dah dua kali aku pergi kawasan air terjun. Hahaha..
First2 pergi Air Tejun Jeram Linang kat Pasir Puteh, and yang kedua, ke Lata Tembakah di Jerteh, Terengganu.
It was wayy lot of fun there..
And guess ngan sape aku pergi?
With my new 'Si Dia' :) ngee~~~
Well, pada sesape yang tahu aku punye cerita, mesti korang cepat terlalu cepat kan aku dapat pengganti??
Haha..Jangan salah sangka bro.
Cinta aku tak murah, and aku bukan perempuan mudah.
Tapi aku adalah orang yang tak hold back daripada mencuba.
Bukan kerana kesilapan masa lalu, aku menghukum diri aku untuk dari terus mencuba memperjudikan nasib aku dalam permainan bernama cinta ini hehehe...
Well, yeah, ada la dalam dua tiga orang yang mencuba untuk mengetuk pintu hati aku selepas aku putus ngan Mr A, tapi hati aku tak terbuka untuk mereka.
But i dunno why because of this particular boy, hati aku senang jer terbuka. Serious aku sendiri pun tak sangka hati aku terbuka secepat ni kat dia.
I'm so happy being with him.
Well, aku tak sangka, sebelum ni aku cukup pantang dengan lelaki pemalu. Bukan lah pantang yang macam mana, cuma bagi aku, lelaki yang pemalu ni xde fun langsung.
But guess what? Being with him, aku tak sempat rasa tak fun langsung.
Dia pemalu-tapi bukanlah sangat2 pemalu. Tapi pemalu in a good and cute wayy :)
Dia tak suka orang renung mata dia..
But i keep doing that sampai la both of us tergelak besar.
Happy nya aku masa tu sampai aku lupa segala masalah aku.
Satu benda lagi yang buat aku suka pasal dia, dia xpernah tinggal solat.
Dia selalu ingatkan aku untuk solat sama.
Which is particularly good.
And dia dapat terima aku ni walaupun aku ni freehair.
Dia tak marah, but  in the same time, dia cuba buat aku berubah into jadi someone yang jadi lagi baik.
Dia tak nak aku berubah hanya sebab dia ingin aku berubah, tapi berubah kerana diri aku sendiri.
And itu sangat2 menyentuh hati aku :)
Well guys, do pray for me.
Aku harap aku da jumpa my Mr. Right :)



Love,
Dya

Friday, 27 May 2011

Tak suka tak suka tak suka!

 Pernah tak korang semua berada dalam satu keadaaan di mana, korang membenci seseorang itu tanpa sebab? Bukanlah benci sebenarnya, tapi lebih kepada tak suka. tapi benci tu pun lebih kurang jer dengan tak suka tu kot, cuma benci ni advance sikit. Agaknya lah~~ Huu, malas nak bukak Kamus Dewan huhuhu..:peace!

Aku pernah ,and selalulah gak rasa macam nih. Tetiba tak suka kat seseorang tuh. Walaupun dia tak wat salah pun ngan kita. And benda tu aku takkan dapat tahan. Bila hati ni dah cakap tak suka, susah ngat nak wat kita suka kat dia cam biasa.

Nak-nak bila dia buat salah ngan kita. Bengkek jer hati time tuh. Haish, tersiat rasa hati nih. Tapi yang heran, bila orang lain buat silap and salah yang sama, senang jer kita maafkan. And part paling tak boleh blah adalah, bila kita tahu ada orang lain gak yang tak suka kat dia... Rasa nak melompat toink toink toink aje! Hahahaha...Yela, at least, kurang la sikit rasa bersalah tu. Ingatkan kita sorang jer tak suka dia huhuhu...Kejam kan aku nih?? huhuhu

Tapi, rasa bersalah tu of course tetap ada. I've been in both world. Dibenci dan membenci. Nope. Aku tak pernah terniat nak balas balik apa yang orang pernah buat kat aku dulu. Tapi tulah realiti hidup kan? And aku tak rasa aku sorang jer pernah rasa macam ni. Aku rasalah~~hehehe

Sakitnya rasa dibenci. Tanpa ada sebab. Ataupun mungkin kerana satu sebab yang kecil, yang salahnya hanya pada diri aku sendiri,yang salahnya hanya kerana aku tidak boleh adapt dunia mereka pada ketika itu,  menyebabkan aku dibenci. Ataupun, mungkin sebab i've been in a world that doesnt belongs to me. Maybe. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya sampai sekarang.

Dan sebab pernah rasa perasaan dibenci itulah, aku terhambat ngan sumpah diri takkan membenci orang lain tanpa sebab apabila aku membenci seseorang. Dan berada pada keadaan aku sekarang, aku mulai faham. Aku takkan salahkan orang yang pernah membenci aku dulu, aku maafkan mereka, kerana aku tahu, aku boleh dibenci tanpa sebarang sebab seperti mana aku membenci orang tanpa sebarang sebab.Haha. tahu ayat ni sedikit memeningkan hehehe..

Aku ada quote yang memang kena ngan entri aku hari ni:

" You cannot have ten friends without at least, a hater."


So, kepada sesape yang dibenci, just bear with it. You cant expect semua orang akan suka kat you. Kebaikan kita juga kekadang boleh dijadikan sebab untuk dibenci. Tapi kena ingat juga, bukan semua orang akan benci kita k? And to haters, cuba cari pertimbangan untuk tidak membenci orang lain k?( kata-kata ni ditujukan  khas untuk aku sebenarnya. huhu) Others, take note sama yer?? : peace, no war..


Love, 
Dya


taken from another blog of mine dated on 28 October 2010